Polis Kontinjen Perak bersedia menghantar pegawai dan anggota terutama yang bekerja di lapangan mengikuti kelas Bahasa Inggeris sebagai usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata bagi tujuan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan rakan strategik seperti pihak universiti dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Kita akan usahakan perkara berkenaan dengan keadaan dan keperluan yang ada kita akan memanggil sahabat daripada universiti dan NGO.
"Kita juga akan memberi tawaran (kelas bahasa) kepada pegawai dan anggota terutamanya yang berkhidmat di bahagian lapangan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini pada Isnin.
Pada Ahad, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pegawai dan anggota polis yang bertugas di lokasi tumpuan pelancong sekitar ibu kota akan dihantar mengikuti kelas Bahasa Inggeris bagi membantu mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada pelancong sempena VM2020.
Terdahulu, pada majlis semalam, Razarudin menyaksikan majlis serah terima tugas antara Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Lim Hong Shuan dengan pemangku jawatan itu, Datuk Mazlan Santarai yang merupakan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
Lim, bersara wajib pada usia 60 tahun selepas berkhidmat di dalam PDRM selama 35 tahun.
Bekas Ketua Penolong Pengarah (Pematuhan) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak pada 26 Mac 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 13 2020

RAZARUDIN: Kita juga akan tawarkan kelas bahasa kepada pegawai dan anggota polis, terutamanya yang berkhidmat di bahagian lapangan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerajaan boleh guna pengalaman NGO salurkan bantuan - MERCY Malaysia
Kerajaan boleh menggunakan pengalaman Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membantu menyalurkan sumbangan keperluan asas kepada golongan yang terjejas akibat Pandemik Covid-19.

Syarikat korporat, NGO, dan masyarakat digesa tingkat bantuan kepada Orang Asli
Ini bagi membantu mengurangkan beban Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meliputi semua kawasan pedalaman orang asli.

Badan kebajikan, NGO disaran tidak fokus bantuan gelandangan di satu tempat - TPM
Badan kebajikan perlu teroka kawasan lain yang mempunyai gelandangan dan tidak mengambil jalan mudah dengan hanya fokus kepada satu tempat.