Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kajian menyeluruh dalam cadangan untuk memendekkan tempoh reman tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) daripada 28 hari ke 14 hari.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, kajian tertentu serta perbincangan lanjut perlu dibuat mengenai perkara itu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh sesuai bagi tahanan reman SOSMA.
"Itu (tempoh reman) baru di peringkat cadangan dan kita perlu lihat selepas ini. Perbincangan dan kajian tertentu perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil bertemakan 'Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019' di Universiti Malaya hari ini..
Semalam, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ada yang berpandangan tempoh reman 28 hari sekarang terlalu panjang dan perlu disingkatkan.
BACA: Kurang tempoh reman antara pindaan SOSMA - Muhyiddin
Namun, menurutnya, bagi pihak penguatkuasaan seperti polis, mereka mungkin memerlukan lebih masa untuk siasatan, contohnya bagi suspek kes keganasan.
Jelasnya satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk meneliti segala perkara berkaitan SOSMA.
Astro Awani
Thu Nov 07 2019

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador (kiri) mendengar penerangan dari Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor pada Majlis Perasmian Penutup Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil di Universiti Malaya hari ini. - Foto BERNAMA

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Acryl Sani dilantik Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Acryl Sani pemangku Timbalan KPN yang baharu
Acryl Sani dijangka menggantikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib esok.

PDRM pantau individu ingkar pakai pelitup muka
Datuk Mazlan Mansor berkata, sesuatu tindakan undang undang dikenakan adalah subjektif, bergantung kepada budi bicara anggota di lapangan.

Prosiding reman semasa PKP akan diadakan di balai polis
Ketua Hakim Negara telah bersetuju dengan permintaan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menjalankan prosiding reman di balai polis di seluruh negara.

Polis panggil kumpulan bawa masuk abu Chin Peng
Polis akan memanggil kumpulan yang terlibat dalam pengurusan membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Polis perlu kajian menyeluruh untuk pendekkan tempoh tahanan SOSMA
Polis Diraja Malaysia memerlukan kajian menyeluruh dalam cadangan untuk memendekkan tempoh reman tahanan daripada 28 hari ke 14 hari.

Serangan mercun roket di pos kawalan: Identiti suspek masih disiasat - Polis
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata polis masih menjalankan siasatan dan tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat mengenai suspek.

Mayat dijumpai tidak berpakaian - Timbalan KPN
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tanpa pakaian.

Hina Nabi: 'Wendy Loong' dipercayai gunakan akaun Facebook palsu - Polis
Polis tidak menolak kemungkinan individu yang menggunakan nama Wendy Loong di dalam media sosial Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam telah menggunakan akaun Facebook palsu.

Skuad Badar tiada kuasa lakukan tindakan penguatkuasaan - Polis
Polis menasihatkan Kumpulan Skuad Badar yang membanteras gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam agar tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan undang-undang negara.