JOHOR BAHRU: Polis memerlukan tempoh lebih panjang untuk melakukan siasatan lanjut dan menyeluruh terhadap insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, 17 Mei lepas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penahanan lima ahli keluarga suspek serangan itu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah relevan kerana tindakan membunuh anggota polis adalah satu perbuatan yang sangat serius, sekali gus mengganggu gugat keselamatan rakyat.
"Lebih-lebih lagi reaksi Singapura memperketat kawalan keselamatan pintu masuk negara mereka susulan insiden ini.
"Jadi ke arah itu, beberapa akta yang kita guna pakai misalnya pada peringkat awal penahanan kita guna akta Kanun Keseksaan dan tempoh tahanan (mengikut akta itu) belum dapat menyelesaikan semua urusan (siasatan).
"Berdasarkan magnitud kes ini, pasukan polis memerlukan tempoh yang lama untuk menyempurnakan siasatan bagi memastikan isu keselamatan dan keamanan rakyat terjamin," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bil.1 2024 dan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berkaitan justifikasi penahanan lima ahli keluarga suspek kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram itu mengikut Sosma.
Jumaat lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata kelima-lima individu terbabit ditahan mengikut Sosma selepas tempoh reman mereka tamat pada Jumaat lepas.
Sebelum ini tujuh individu terdiri daripada dua penuntut institusi pengajian tinggi dan lima ahli keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dua penuntut terbabit bagaimanapun dibebaskan tanpa syarat, Rabu lepas.
Dalam kejadian serangan pada 17 Mei lepas itu, dua anggota polis Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia manakala suspek berusia 21 tahun mati ditembak.
Serangan berkenaan turut menyebabkan Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, cedera terkena tembakan pada bahu dan pinggul.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
![Polis perlu lebih masa siasat keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram Polis perlu lebih masa siasat keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716799426_SaifuddinNasution.jpg)
Saifuddin Nasution berkata penahanan lima ahli keluarga suspek serangan itu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah relevan.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716189459_suspekserangbalai.jpg)
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
![Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716186337_suspekserangbalai.jpg)
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
![Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714819963_RazarudinHusain.jpg)
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
![Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716038246_JenazahKonstabel.jpg)
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor, selamat dikebumikan pada 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor.
![Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715950995_TBBALAIPOLISULUTIRAM.jpg)
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
![Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715964485_AbangmangsaKonsta.jpg)
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
![Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715925157_BalaiPolisUluTira.jpg)
Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
![Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715396271_tbRazarudinHusain.jpg)
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
![Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710313378_KerajaanPahang.jpg)
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu keluarga Allahyarham.
![Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715956676_AzharKhaiden.jpg)
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.