GUA MUSANG: Polis merampas 30 kilogram (kg) dadah jenis ketamin bernilai lebih RM1.5 juta dalam sebuah lori semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanah Puteh, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di sini awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan ACP Sheik Azhar Sheik Omar berkata dalam kejadian pada kira-kira 12.30 pagi itu, pemandu dan kelindan lori berusia 30 dan 34 tahun itu ditahan setelah polis menemukan bungkusan yang mencurigakan.
"Anggota yang bertugas di SJR telah menemukan dua kotak yang dibungkus dalam beg kanvas untuk dibawa ke Kuala Lumpur.
"Pemeriksaan teliti di dalam dua kotak menemukan 30 plastik putih yang berisi ketulan dadah jenis ketamin," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Gua Musang, di sini hari ini.
Sheik Azhar berkata, hasil siasatan lanjut telah membawa kepada penahanan pemilik lori berusia 32 tahun di Kuala Krai dan seorang lagi ahli sindiket berusia 44 tahun di Rantau Panjang (44), semalam (Rabu).
"Bagi 30kg ketamin yang dirampas itu, ia boleh digunakan oleh 60,000 penagih dadah dan kesemua empat suspek itu ditahan reman seminggu sehingga 16 Jun depan bagi membantu siasatan," katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Di MELAKA, seorang pekerja syarikat kargo di Kuala Lumpur ditahan kerana memiliki satu kilogram dadah dipercayai syabu bernilai RM36,000 di dalam beg sandang ketika melalui SJR di Tol Ayer Keroh menghala ke bandar Melaka di sini, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Supt Zulkiflee Rashid berkata lelaki berusia 25 tahun yang menaiki Proton Preve itu memasuki Melaka mengguna surat yang dikeluarkan syarikatnya dengan alasan membawa barangan kargo sebelum ditahan kira-kira 9 malam tadi.
"Lelaki berkenaan berasal dari Melaka dan bekerja di Kuala Lumpur, dipercayai membawa masuk dadah tersebut untuk memenuhi pasaran di Melaka namun dari mana bekalan diperoleh masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, dadah berkenaan dipercayai mampu menampung kegunaan kira-kira 2,000 penagih dadah dan suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine, disyaki baharu terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berkenaan serta ditahan reman tujuh hari, bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 10 2021

Pemandu dan kelindan lori berusia 30 dan 34 tahun ditahan setelah polis menemukan bungkusan yang mencurigakan. - Gambar/ Facebook Polis Kontinjen Kelantan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan, letupan bom di Sungai Golok - Polis
Polis mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam ini.

Kes kematian Hud Aryan tiada unsur pengabaian - Polis
Lima individu yang telah dirakam percakapan ialah ibu bapa mangsa, nenek dan ibu saudaranya.

Tiada letupan, gegaran kuat berlaku di Machang - Polis
Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kebakaran hingga kononnya berlaku letupan dan gegaran kuat di Kampung Kelaweh, Machang hari ini.

Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan di Pasir Mas
Polis menahan dua lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Pasir Mas, semalam.

Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.

Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.

Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah
Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu termasuk dua adik-beradik, bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan pembelian sebidang lot tanah.

Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.

Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.

90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.