KUALA LUMPUR: Polis berjaya membongkar sebuah rumah sewa yang dijadikan sebagai stor menyimpan dadah dengan penahanan empat individu termasuk sepasang kekasih serta merampas pelbagai jenis dadah yang kesemuanya bernilai hampir RM60,000 dalam dua serbuan berasingan di Ampang, pada Selasa lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superitendan Mohd Shokri Abdullah berkata, jumlah rampasan dadah itu boleh digunakan oleh 3,842 penagih dadah.
Beliau memberitahu, kegiatan itu terbongkar selepas polis melakukan risikan selama dua minggu ke atas sindiket tersebut yang dipercayai aktif sejak tiga bulan di Lembah Klang.
Menurutnya, dalam serbuan pertama di tempat letak kereta di Jalan Ritchie Off Jalan Ampang, di sini, polis memberkas salah seorang ahli sindiket dan merampas dadah jenis Methamphetamine anggaran berat, 66 gram dan 50 pil erimin 5 dalam beg yang dipegang lelaki itu.
"Susulan daripada penahanan itu, polis melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan yang sama dan menahan tiga individu termasuk suspek utama dan teman wanitanya.
"Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis Methamphetamine anggaran berat 954 gram, ganja (376 gram) dan 1,000 pil erimin 5," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Shokri memberitahu, kesemua nilai rampasan dalam kedua-dua serbuan adalah 1.02 kilogram dadah Methamphetamine bernilai RM41,000; ganja 376 gram (RM940) dan 1,050 pili Eramin 5 (RM15,750).
Mengulas lanjut, Mohd Shokri berkata, hasil siasatan mendapati rumah tersebut yang disewa RM2,800 sebulan oleh suspek utama itu, dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah.
Katanya, rumah tersebut baru tiga bulan disewa.
"Ujuan saringan air kencing mendapati kesemua empat suspek itu positif dadah Methamphetamine serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah," ujarnya.
Kesemua mereka katanya, ditahan reman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos ini.
Beliau memberitahu, keempat-empat suspek yang berusia 23 hingga 30 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
"Dengan tangkapan ini, kita percaya berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan yang dikesan aktif di sekitar Lembah Klang," ujarnya lagi.
Umavathi Ramayah
Thu Aug 26 2021

Pelbagai jenis dadah yang bernilai hampir RM60,000 dirampas polis dalam dua serbuan berasingan di Ampang, pada Selasa lalu. - Gambar IPK Kuala Lumpur

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Polis Terengganu rampas dadah lebih RM70 juta tahun lepas
Polis Terengganu berjaya merampas dadah bernilai RM76.42 juta pada tahun lepas, meningkat hampir 25 kali ganda berbanding RM3.1 juta pada 2023.

Polis bongkar makmal memproses dadah, rampas senjata api, dadah bernilai RM120 juta
Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal pemprosesan dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa, menerusi tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Polis Terengganu rampas dadah bernilai lebih RM7 juta
Polis Terengganu berjaya merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM7.8 juta dalam operasi trafik di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.

Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah
Lima sekawan yang aktif menjalankan kegiatan memproses dan mengedar dadah ditahan, selain pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta dirampas di Pulau Pinang.

JSJN tumpas 193 sindiket dadah, tahan 612 ahli sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan 193 sindiket dadah dan menahan 612 ahli dalam tempoh Januari hingga September lepas.

Polis rampas dadah bernilai hampir RM900,000 disorok di apartmen
Polis merampas dadah berjumlah RM895,662 di sebuah apartmen di Batu Pahat yang dijadikan stor serta pusat pembungkusan sebelum diedarkan ke seluruh Johor.

Polis tahan seorang suspek, rampas 107 paket ketulan mampat disyaki ganja
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 107 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat dedaun kering seberat 111,663.51 gram disyaki ganja.

JSJN rampas dadah bernilai RM64.9 juta sejak Mac
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dadah bernilai RM64.9 juta bagi tempoh Mac hingga Mei pada tahun ini.

Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.

JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA
Jabatan Kastam merampas kira-kira 30 kilogram dadah bernilai RM3.2 juta dalam dua operasi di KLIA.