KUALA TERENGGANU: Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut dekat sini, pada Rabu lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata dalam operasi pada 9 hingga 12 malam, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 19 dan 31 tahun dipercayai daripada sindiket sama kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran bahan terlarang itu.
"Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu telah melancarkan dua serbuan di lokasi sama iaitu di tepi jalan Kampung Kubang Depu, Jerteh.
"Pada serbuan pertama, polis merampas 1,760 gram (g) pil Yaba bernilai RM93,500, manakala pada serbuan kedua sebanyak 5,335g pil sama dirampas berjumlah RM291,500," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mazli berkata hasil operasi itu polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda City dan menyita sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR.
"Kesemua dadah dipercayai diperoleh dari negara jiran ini boleh digunakan oleh 58,000 penagih tempatan dan suspek kini direman sehingga 6 Dis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.
Mazli berkata siri tangkapan tersebut menjadikan keseluruhan sebanyak tujuh sindiket pengedaran dadah di negeri itu berjaya dilumpuhkan sejak Januari hingga November tahun ini dengan 18 individu telah ditahan.
Beliau berkata pil Yaba adalah yang tertinggi dirampas pihaknya iaitu sebanyak 16,408g, diikuti ganja (5,000g), syabu (2,451g), dan Eramin 5 (58.89g).
Katanya, sebanyak 1,106 orang telah ditahan bagi kategori bekalan, 2,147 (kategori memiliki) dan 6,041 (kes-kes urin) manakala 964 orang penagih tegar telah dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952 bagi tempoh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
![Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701605217_dadah.jpg)
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas. - Foto Sinar Harian
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 individu Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707116588_ManchaAta.jpg)
Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 individu
Sepuluh individu termasuk tujuh wanita ditahan manakala 137 laras senjata tiruan dirampas dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di kawasan Kuching dan Samarahan, semalam.
![Polis rampas ganja dan syabu bernilai RM6.4 juta, tahan tiga lelaki Polis rampas ganja dan syabu bernilai RM6.4 juta, tahan tiga lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731412715_Dadah.jpg)
Polis rampas ganja dan syabu bernilai RM6.4 juta, tahan tiga lelaki
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran ganja dan syabu di Lembah Klang serta Sabah berikutan penahanan tiga lelaki membabitkan rampasan dadah bernilai lebih RM6.4 juta pada 6 dan 7 Nov lepas.
![Polis rampas lebih 21 kg syabu, mekanik diberkas Polis rampas lebih 21 kg syabu, mekanik diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707904842_YahayaOthman.jpg)
Polis rampas lebih 21 kg syabu, mekanik diberkas
Polis berkata suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk membeli dadah semasa ditahan dalam operasi kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
![Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701605217_dadah.jpg)
Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.
![Polis rampas rokok seludup, lori bernilai RM1.2 juta Polis rampas rokok seludup, lori bernilai RM1.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694338070_MazliMazlan.jpg)
Polis rampas rokok seludup, lori bernilai RM1.2 juta
Polis merampas 3,800 karton rokok selepas memeriksa sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Pachakan, Kuala Besut, pada Ahad lepas.
![1.4 tan sisik tenggiling dirampas di Thailand 1.4 tan sisik tenggiling dirampas di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692397316_SisikTenggiling.jpg)
1.4 tan sisik tenggiling dirampas di Thailand
Dua suspek lelaki berusia 34 dan 50 tahun ditahan dalam operasi bersama pada 8.30 malam (waktu tempatan) Rabu.
![Ibu meninggal dunia selepas tangki oksigen dirampas polis India untuk diberi kepada 'VIP' Ibu meninggal dunia selepas tangki oksigen dirampas polis India untuk diberi kepada 'VIP'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71597622398_intubation.jpg)
Ibu meninggal dunia selepas tangki oksigen dirampas polis India untuk diberi kepada 'VIP'
Video remaja itu yang melutut dan menangis merayu kepada anggota polis berkenaan agar mengembalikan semula tangki oksigen ibunya tular di media sosial.
![Polis tahan wanita beranak empat, dadah bernilai RM27,800 dirampas Polis tahan wanita beranak empat, dadah bernilai RM27,800 dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435017728_Gari.jpg)
Polis tahan wanita beranak empat, dadah bernilai RM27,800 dirampas
Polis menahan ibu beranak empat bersama teman lelakinya dan merampas 1,020 pil kuda dan 50 gram syabu bernilai RM27,800.