JERTIH: Polis merampas 3,800 karton rokok selepas memeriksa sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Pachakan, Kuala Besut dekat sini, pada Ahad lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata pemeriksaan terhadap lori berkenaan telah menemukan 76 peti mengandungi karton rokok dipercayai diseludup masuk melalui negara jiran untuk pasaran di Pantai Barat tanah air.
Beliau berkata anggota polis bertugas telah menjumpai lori dalam keadaan mencurigakan itu yang disyaki sengaja ditinggalkan di tepi jalan tidak jauh dari lokasi sekatan jalan raya dilakukan di sempadan daerah ini dan Pasir Puteh, Kelantan pada 9 pagi.
"Sebelum serbuan dibuat, pasukan telah melakukan intipan terhadap lori yang sengaja ditinggalkan dan mendapati tiada sesiapa datang menghampiri.
"Pemeriksaan mendapati kenderaan berat berkenaan mengandungi 76 peti berisi karton rokok putih dipercayai diseludup," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.
Menurutnya, ahli sindiket sengaja meninggalkan lori berkenaan di tepi jalan bagi mengelak terperangkap dalam sekatan jalan raya.
"Nilai rokok yang dirampas ialah RM340,000 manakala cukai tidak dibayar pula bernilai RM836,000," katanya.
Beliau berkata, polis turut merampas sebuah lori bernilai RM100, 000 namun pemandu lori yang didaftarkan atas nama syarikat di Batang Kali, Selangor gagal dikesan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023

Mazli berkata pemeriksaan terhadap lori berkenaan telah menemukan 76 peti mengandungi karton rokok dipercayai diseludup masuk melalui negara jiran untuk pasaran di Pantai Barat tanah air. - Bernama
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 individu
Sepuluh individu termasuk tujuh wanita ditahan manakala 137 laras senjata tiruan dirampas dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di kawasan Kuching dan Samarahan, semalam.

Polis rampas ganja dan syabu bernilai RM6.4 juta, tahan tiga lelaki
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran ganja dan syabu di Lembah Klang serta Sabah berikutan penahanan tiga lelaki membabitkan rampasan dadah bernilai lebih RM6.4 juta pada 6 dan 7 Nov lepas.

Polis rampas lebih 21 kg syabu, mekanik diberkas
Polis berkata suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk membeli dadah semasa ditahan dalam operasi kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.

Polis rampas rokok seludup, lori bernilai RM1.2 juta
Polis merampas 3,800 karton rokok selepas memeriksa sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Pachakan, Kuala Besut, pada Ahad lepas.

1.4 tan sisik tenggiling dirampas di Thailand
Dua suspek lelaki berusia 34 dan 50 tahun ditahan dalam operasi bersama pada 8.30 malam (waktu tempatan) Rabu.

Ibu meninggal dunia selepas tangki oksigen dirampas polis India untuk diberi kepada 'VIP'
Video remaja itu yang melutut dan menangis merayu kepada anggota polis berkenaan agar mengembalikan semula tangki oksigen ibunya tular di media sosial.

Polis tahan wanita beranak empat, dadah bernilai RM27,800 dirampas
Polis menahan ibu beranak empat bersama teman lelakinya dan merampas 1,020 pil kuda dan 50 gram syabu bernilai RM27,800.