Polis sedang mengesan seorang wanita dipercayai memakai pakaian menjolok mata dalam sebuah persembahan 'buskers', di salah sebuah pusat beli-belah di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata wanita itu melakukan aksi melampau dengan membuat persembahan dalam keadaan payudaranya terdedah.
Katanya persembahan selama empat minit itu dirakam sebahagian penonton semasa menyaksikan persembahan itu.
"Semasa aktiviti 'busking' berlangsung, ada tiga wanita. Seorang daripadanya memakai pakaian menjolok mata mengambil mikrofon daripada kumpulan 'buskers' tersebut sebelum menyanyi.
"Siasatan lanjut mendapati wanita itu bukan anggota kumpulan 'buskers' yang dibenarkan membuat persembahan di situ, tetapi salah seorang pengunjung pusat beli-belah itu yang mengambil peluang untuk menyanyi bersama-sama kumpulan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Justeru, Chandra meminta saksi kejadian Rayndi Jubidi, 24, untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis daerah Kota Kinabalu atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Mohanandas di talian 016-4414939.
Akhbar tempatan hari ini memaparkan aksi wanita itu mengadakan persembahan nyanyian bersama kumpulan 'buskers' dengan menggunakan pakaian yang menjolok mata.
Dalam kenyataan berasingan, pihak pengurusan Suria Sabah kesal atas kejadian itu yang secara tidak langsung mempamerkan imej negatif terhadap kompleks beli-belah itu, kumpulan persembahan itu serta Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
"Tindakan sewajarnya akan diambil bagi mengelakkan kejadian kurang sopan seperti itu mengganggu ketenteraman awam dan suasana di Suria Sabah.
"Kami memohon maaf atas kejadian ini dan akan melakukan yang terbaik bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang," menurut kenyataan itu.
Bernama
Thu Jan 21 2016

Kata Chandra persembahan selama empat minit itu dirakam sebahagian penonton semasa menyaksikan persembahan itu. - Gambar Fail

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Polis Sabah kesan wanita buat aksi melampau dalam persembahan 'buskers'
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata wanita itu melakukan aksi melampau dengan membuat persembahan dalam keadaan payudaranya terdedah.