Polis Kontinjen Sabah akan meningkatkan pemantauan dalam memastikan jenayah pecah rumah tidak berlaku di kawasan terjejas banjir seperti Tuaran dan Kota Belud.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa ke pusat pemindahan sementara turut menitikberatkan elemen pencegahan jenayah di kawasan terjejas.
“Kita bimbang dalam keadaan bencana banjir yang berlaku ini, terdapat kumpulan yang cuba mengambil kesempatan dengan melakukan pecah rumah ke kediaman atau premis yang ditinggalkan.
“Oleh itu, saya beri jaminan anggota PDRM yang melakukan kerja menyelamat juga memantau elemen-elemen jenayah di kawasan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan daripada Syarikat Mamee Double Dacker Distribution Sdn. Bhd. Sabah bernilai RM12,000 kepada mangsa banjir di daerah Kota Belud di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini.
Hadir sama adalah Pengurus Bahagian Syarikat Mamee Double Dacker Distribution Sdn. Bhd. Sabah, Chung Tze Yang dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razaruddin Hussain.
Dalam majlis itu, Ramli mewakili Kontinjen Sabah menyampaikan sebanyak 300 kotak berupa bekalan makanan segera untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara di Kota Belud.
Beliau berkata, perkara itu merupakan tanggungjawab sosial korporat daripada syarikat tersebut yang bersimpati dengan nasib yang melanda mangsa banjir.
Untuk rekod, seramai jumlah mangsa banjir di kota belud kekal seramai 2,113 membabitkan 705 keluarga setakat petang hari ini dengan membabitkan sembilan pusat penempatan sementara di daerah berkenaan.
Ruzaini Zulkepli
Mon Oct 23 2017

Pantau Agenda Reformasi: Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia?
Perbincangan mengenai Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia? Di dalam Pantau Agenda Reformasi bersama Prof Dr Amir Akramin Shafie, Timbalan Rektor (Inovasi dan Kebertanggungjawaban Penyelidikan) UIAM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Mac 2025
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Ejen haram warga asing tumpas, enam individu ditahan termasuk majikan - Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan ejen haram warga asing dengan menahan enam individu dalam satu operasi khas di tiga lokasi.

Ejen insurans rugi lebih RM1.5 juta terperdaya skim pelaburan berkaitan judi
Seorang ejen insurans kerugian kira-kira RM1.58 juta selepas mendakwa diperdayakan sindiket skim pelaburan berkaitan kegiatan perjudian di Singapura, tahun lepas.
Dialog Tiga Penjuru: Wanita tidak celik hal kewangan?
Realitinya, adakah benar wanita khususnya golongan B40 berdepan masalah kurangnya pengetahuan tentang hak kewangan di bawah undang-undang Syariah Malaysia?
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Watsons Malaysia lancar filem Watsons Raya Terunggul, tampil watak ikonik
Watsons Malaysia memperkenalkan filem Raya 2025 berjudul Raya Terunggul, yang mengetengahkan nilai kasih sayang dan kekeluargaan sempena Syawal.

Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing - Sivaraj
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.
PETRONAS kerjasama dengan Energy Institute, percepat peralihan tenaga
PETRONAS menjalin kerjasama strategik dengan Energy Institute (EI), menjadikannya syarikat pertama beribu pejabat yang berpusat di Asia Tenggara menyertai badan profesional berpangkalan di United Kingdom itu sebagai rakan teknikal.

11 rumah di Teluk Kemang terjejas banjir, satu PPS dibuka
Kawasan Pasir Panjang turut terjejas, dan polis telah memantau serta membantu penghuni berpindah ke tempat selamat.

Melaka mula banjir, 34 kawasan terjejas
Banjir menjejaskan 17 kampung dan 15 taman perumahan di Melaka Tengah serta dua kawasan kampung di Jasin.

Lebih 4,000 penduduk Jakarta dipindahkan akibat banjir
Dua jalan raya utama di bandar itu, Jalan Puri Kembangan dan Jalan Puri Mutiara masing-masing ditenggelami air setinggi 40 sentimeter dan 70 sentimeter.

Lebih 120,000 terjejas akibat banjir di Indonesia
BNPB sedang menyelaraskan usaha bantuan termasuk pemindahan mangsa dan pengagihan makanan.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman itu.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 262 orang
Seramai 251 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Telupid.