Pihak polis mengesahkan identiti mayat seorang lelaki hampir reput yang ditemui terapung dalam sebatang parit di kawasan Bandar Perdana, Sungai Petani kira-kira jam 4 petang pada Rabu merupakan seorang lelaki warga tempatan.
Mangsa, V. Ravichandaran, 57 tahun, yang ditemui oleh seorang pekerja kedai makan pada petang Rabu, merupakan seorang peniaga yang dilaporkan hilang sejak 15 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat terbabit kira-kira jam 5 petang tadi.
Pihaknya kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat seorang lelaki yang hampir reput dan sudah berbau di dalam parit berkenaan sekitar kawasan belukar di Bandar Perdana.
BACA: Mayat hampir reput ditemui terapung dalam parit
"Mayat ni kita anggarkan (sudah) dua minggu. Siasatan lanjut kita tengok seluar yang dipakai oleh mayat itu bahawa si mati ini adalah lelaki tempatan umur 57 tahun dan semakan berdasarkan identiti dia, memang ada laporan orang hilang yang dibuat pada 15 hari bulan enam (Jun) yang dibuat oleh isteri mangsa.
"Buat masa ini kita siasat di bawah kes mati mengejut (SDR). Kita bawa ke hospital untuk doktor melihat kecederaan (yang dialaminya), dan kita tengok memang ada kesan kecederaan dipercayai dimakan oleh binatang buas.
"Dah terendam dua minggu, ikut kata forensik bomba pun memang dah dua minggu," katanya dalam satu kenytaan hari ini.
Tambah Adzli, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Halim (HSAH) bagi proses bedah siasat.
Setakat ini, jelasnya, kes diklasifikasi sebagai kes kematian mengejut.
Abdul Hadi Che Awang
Wed Jul 01 2020
![Polis sahkan identiti mayat ditemui hampir reput dalam parit Polis sahkan identiti mayat ditemui hampir reput dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71593618316_KedahMayat.jpg)
Mayat mangsa yang ditemui oleh seorang pekerja kedai makan pada petang Rabu, merupakan seorang peniaga yang dilaporkan hilang sejak 15 Jun lalu. - Astro AWANI
AWANI Tonight 6 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Nearly 2,000 GLCs to face audits this year - PM
2. Job scams: Red flags to look out for in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Nearly 2,000 GLCs to face audits this year - PM
2. Job scams: Red flags to look out for in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
![Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738838298_OpPenyamaran.jpg)
Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.
![Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738849445_MaimunahMohdSharif.jpg)
Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.
![Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka
Polis turut menegaskan pindahan panggilan antara agensi khususnya dalam kes 'phone scam' bukanlah cara kerja agensi kerajaan.
![Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656909224_AzrilMohdAmin.jpg)
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.
: Red flags to watch out for while job-seeking in 2025
With job scams on the rise, Nicholas Lam, Managing Director of JobStreet by SEEK Malaysia, highlights 2025’s emerging trends and tactics used to lure job seekers.
AWANI Tonight: Nearly 2,000 GLCs to face audits this year
Nearly 2,000 government-linked companies will undergo audits this year as part of the government’s efforts to address governance issues.
AWANI Ringkas: Sistem e-Selfaudit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (6 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [6/2/2025] – Tragedi helikopter di Bentong | Ziana, Jalaluddin, Sheikh Muszaphar beri keterangan | Garis panduan di rumah ibadat bukan Islam
- Jurutera maut dilibas bilah helikopter dalam nahas di Bentong
- Fokus keterangan tiga selebriti, SPRm teliti jumlah bayaran diterima
- Kabinet bincang garis panduan orang Islam dalam rumah ibadat bukan Islam
- Kementerian Pendidikan tidak kompromi pelajar hisap vape
- Fokus keterangan tiga selebriti, SPRm teliti jumlah bayaran diterima
- Kabinet bincang garis panduan orang Islam dalam rumah ibadat bukan Islam
- Kementerian Pendidikan tidak kompromi pelajar hisap vape
![Ugut bunuh ibu hanya kerana tak dibenar guna motosikal Ugut bunuh ibu hanya kerana tak dibenar guna motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658930958_Ugutbunuhibu.png)
Ugut bunuh ibu hanya kerana tak dibenar guna motosikal
Seorang lelaki ditahan kerana mengugut untuk membunuh ibunya di rumah mereka di Bandar Perdana, Sungai Petani hari ini.
![Polis sahkan identiti mayat ditemui hampir reput dalam parit Polis sahkan identiti mayat ditemui hampir reput dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71593618316_KedahMayat.jpg)
Polis sahkan identiti mayat ditemui hampir reput dalam parit
Pihak polis mengesahkan identiti mayat seorang lelaki yang hampir reput di dalam parit merupakan seorang lelaki warga tempatan.
![Mayat hampir reput ditemui terapung dalam parit Mayat hampir reput ditemui terapung dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41593608375_jumpamayat.jpg)
Mayat hampir reput ditemui terapung dalam parit
Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui terapung di dalam sebatang parit di kawasan Bandar Perdana, Sungai Petani kira-kira jam 4 petang pada Rabu.