KUCHING:Polis Kontinjen Sarawak akan memohon peruntukan darurat bagi menyediakan kabin sebagai penempatan sementara Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, ia adalah langkah kecemasan selepas bangunan di IPD itu musnah seratus-peratus dalam kejadian kebakaran petang Isnin.
Katanya, kabin tersebut akan diletakkan di lokasi berhampiran tapak premis yang musnah.
"Dalam kejadian yang bermula pada jam 1 petang itu, kesemua rekod dan aset yang tersimpan musnah kecuali senjata dan kenderaan," katanya dalam kenyataan.
BACA: IPD Belaga musnah terbakar
Sementara itu, Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Khirudin Drahman, api dipercayai bermula dari pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik akibat litar pintas.
"Cuaca yang panas dan berangin menyebabkan api marak dengan cepat, ditambah struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu dan zink.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, malah dua orang kena tuduh yang ditahan di lokap turut diselamatkan," katanya
Seramai empat anggota Pasukan Bomba Sukarela Belaga diketuai Pengerusinya Abu Mutalib Mokhtar telah melaksanakan kerja-kerja pemadaman pada jam 1.15 petang sambil dibantu beberapa petugas agensi lain.
Api berjaya dipadam sepenuhnya sekitar jam 3.45 petang.
Balai bomba terdekat dari lokasi kejadian adalah di Bintulu, yang memakan masa empat jam perjalanan.
Munirah Mudzamli
Mon Dec 14 2020
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
Polis Sarawak mohon peruntukan darurat, bina penempatan sementara IPD Belaga
Polis Kontinjen Sarawak akan memohon peruntukan darurat bagi menyediakan kabin sebagai penempatan sementara Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga.
IPD Belaga musnah terbakar
Bangunan dua tingkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga, di sini musnah dalam kejadian kebakaran di sini petang ini.