SIBU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM643,157 dengan penahanan seorang penganggur lelaki di bandar ini Khamis lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Azman Ahmad Sapri berkata dadah yang dirampas di sebuah pangsapuri di Lorong Sena di sini itu boleh digunakan oleh 50,423 orang atau 50,423 kali penggunaan.
"Dadah yang dirampas itu terdiri daripada syabu, ketamin, erimin 5, serbuk jus ekstasi, pil ekstasi dan magic mushroom (psilosibin)," katanya pada sidang media di IPD Sibu hari ini.
Beliau berkata pengedaran dadah tersebut didalangi sindiket bergiat aktif di sekitar Sibu, Kuching, Bintulu dan Miri dan mendapat bekalan dari pengedar di Semenanjung Malaysia yang dihantar melalui perkhidmatan kurier.
Mohamad Azman berkata suspek berusia 29 tahun yang ditangkap di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Bunga Raya tersebut juga merupakan orang tempatan dan telah direman hingga 7 Dis ini untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan berkaitan dadah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) dan Seksyen 12 (2) ADB 1952 serta telah menjalani hukuman penjara dan diletak di bawah pengawasan pada tahun 2018.
Katanya suspek terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak dua bulan lepas dengan upah RM1,000 seminggu merupakan runner kepada sindiket itu dan polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan ketua sindiket tersebut yang masih bebas dan merupakan orang tempatan berusia dalam lingkungan 40-an.
"Suspek menjadikan sebuah rumah pangsapuri sebagai stor penyimpanan dadah dan tempat pembungkusan semula dadah kepada paket-paket yang lebih kecil. Setelah menerima arahan daripada ketuanya, suspek akan meletakkan dadah tesebut di tepi jalan di sekitar Sibu dan memaklumkan kembali ketuanya yang seterusnya menyuruh pelanggan mengambil dadah tersebut," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM643,157 dengan penahanan seorang penganggur lelaki di bandar ini Khamis lepas.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 individu
Sepuluh individu termasuk tujuh wanita ditahan manakala 137 laras senjata tiruan dirampas dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di kawasan Kuching dan Samarahan, semalam.

Polis pantau operasi berkaitan GISB di Sarawak
Polis turut menjalankan siasatan terperinci dengan mengenal pasti operasi yang dijalankan oleh GISBH namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Pegawai kanan tentera guna kekerasan: Kertas siasatan diserah ke pejabat Peguam Negara
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Ketirisan diesel: KPDN perkukuh kerjasama dengan Polis Sarawak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkukuh kerjasama dengan Polis Sarawak dalam usaha membanteras ketirisan minyak diesel bersubsidi di negeri itu.

PRK DUN Jepak: Polis lulus 128 permit ceramah dan kempen
Polis Sarawak hanya menerima lima laporan polis sepanjang tempoh berkempen PRK berkenaan.

Polis Sarawak lupus dadah bernilai RM1.78 juta
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sarawak hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM1.78 juta yang dirampas sejak 10 tahun lepas.

'Geng Baby' tumpas, polis selesai 13 kes samun berkumpulan
Mohd Azman berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 23 dan 30 tahun.

Simpanan KWSP dan peribadi lesap, wanita rugi hampir RM1.2 juta
Seorang wanita berusia 55 tahun mengalami kerugian RM1.18 juta apabila menjadi mangsa penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon.

Polis Sarawak rampas dadah bernilai lebih RM600,000 di Sibu
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM643,157 dengan penahanan seorang penganggur lelaki di bandar ini Khamis lepas.

PRU15: Polis Sarawak cukup anggota hadapi kemungkinan banjir
Mohd Azman berkata bantuan anggota dari luar Sarawak juga tidak diperlukan buat masa ini.