KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk tujuan siasatan berkenaan pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan pada Jumaat, ia berikutan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap wanita warga United Kingdom itu oleh Mahkamah Majistret Terengganu pada 23 September lalu berikutan kegagalan beliau hadir untuk pertuduhan kes fitnah tersebut.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama (Clare Brown @ Clare Rewcastle Brown) diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Supt. Junainah M. Kasbolah di talian 019-7051222 atau Pegawai Penyiasat Kes, Asp Mohd Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 017-6404440.
"Penama dikehendaki bersabit waran tangkap eTA3507737 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Terengganu pada 23 September 2021,” kata kenyataan tersebut.
Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku 'The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose' dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.
BACA: Editor Sarawak Report tidak hadir pertuduhan, mahkamah keluar waran tangkap
Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA.
Nickyson Nyambar
Fri Nov 05 2021

PDRM sedang mengesan pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk tujuan siasatan berkenaan pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. - Gambar fail

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Fitnah Clare cemar nama baik Sultanah Terengganu
Tindakan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memfitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose mencemarkan nama baik Sultanah Terengganu.

Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown fail rayuan keputusan penjara dua tahun
Menerusi notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Rewcastle-Brown merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Rewcastle-Brown mohon tangguh prosiding, bicara kes saman Sultanah Nur Zahirah dilapangkan
Perbicaraan kes saman itu dilapangkan selepas editor Sarawak Report itu memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes berkenaan.

Polis sedang mengesan Clare Rewcastle-Brown
PDRM sedang mengesan pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk tujuan siasatan berkenaan pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Hadi bayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report - Anwar
Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai bukti berbentuk penyata bank bahawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Polis rakam keterangan Clare Rewcastle-Brown
Polis hari ini merakam keterangan daripada wartawan penyiasatan Clare Rewcastle-Brown berhubung satu saman yang difail Sultanah Terengganu, Sultanan Nur Zahirah.