KUALA LUMPUR: Polis sekali lagi mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata polis juga akan merekodkan keterangan beberapa pihak lain termasuk pengasuh Zayn Rayyan dan individu pertama yang menjumpai mayat kanak-kanak itu di aliran sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Rabu lepas.
"Kita (polis) dalam proses mendapatkan keterangan secara fizikal dan apa-apa yang boleh membantu siasatan bagi mengesan suspek.
"Siasatan untuk mencari bukti juga akan tertumpu kepada keseluruhan kawasan apartmen ini dengan keluasan kira-kira lapan hektar selain terhadap penghuni Blok R di Apartment Idaman yang berada dekat dengan lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang sebelum itu turut meninjau lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan memaklumkan setakat ini belum ada sebarang rumusan berkaitan kes berkenaan berikutan keputusan bedah siasat baharu diperoleh semalam.
Mohd Fakhrudin berkata Apartment Idaman mempunyai 18 blok dan lebih 2,400 unit rumah.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan dikawal pihak polis dengan pita kuning larangan melintas dipasang di kawasan belukar dan anak sungai selain di Blok R di Apartment Idaman untuk mengelak gangguan di kawasan kejadian.
Pasukan penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut kelihatan berada di kawasan kejadian sejak 9.30 pagi bagi mempergiat usaha mencari bukti terbaharu bagi melengkapkan siasatan.
Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan yang ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya dipercayai dibunuh selepas proses bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak malang itu.
Kanak-kanak berusia enam tahun itu dibunuh di lokasi lain dan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya diletakkan di anak sungai terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023

Mohamad Fakhrudin (kiri) meninjau lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai hari ini. - Bernama
DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen Bazar Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat laporan polis terhadap pihak yang dikesan mengambil kesempatan memanipulasikan lesen-lesen Bazar Ramadan bagi tahun ini.
Pengangkutan awam: Terminal Bersepadu Gombak mula operasi 15 Mac ini
Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan mula beroperasi secara berperingkat bermula 15 Mac ini.
Sidang Parlimen: Projek ladang solar, infra nuklear antara tumpuan hari ini
Dasar dalam memperkembang projek ladang solar dan pembangunan infrastruktur nuklear, antara isu yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

AS, Ukraine sedia tanda tangan perjanjian mineral hari ini - Laporan
Presiden Trump mahu mengumumkan perjanjian tersebut dalam ucapannya kepada Kongres pada malam Selasa (Rabu, waktu Malaysia).

Zelenskyy kesal ‘bertelingkah’ dengan Trump di White House
Zelenskyy hargai usaha Washington selama ini bantu Ukraine dan kini sedia tandatangan perjanjian mineral yang dicadangkan oleh AS.

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Permohonan ibu, bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, bebas ditolak
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin bagi membatalkan pertuduhan mengabai kanak-kanak autistik itu.

Keputusan ibu bapa Zayn Rayyan batal pertuduhan pada 4 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Mac untuk keputusan permohonan ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.

Kes Zayn Rayyan: Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan hari ini
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dan ke-15 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Jiran tidak pernah lihat Zayn Rayyan main di taman
Rashidah berkata, sepanjang 10 tahun tinggal di Blok R pangsapuri berkenaan, anak-anaknya juga tidak pernah bermain dengan Zayn Rayyan.

Saksi tutup jasad Zayn Rayyan guna 'sweater', lindungi dari orang awam
Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa beliau menutup jasad Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin menggunakan baju sejuknya, semasa menemukan kanak-kanak autistik itu

Ibu Zayn Rayyan jerit "ini salah mommy" - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin menjerit, "Zayn, ini salah mommy".

Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi
Jasad Zayn Rayyan berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir anak sungai berhampiran Apartment Idaman.

Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.

Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.