SEREMBAN: Polis menahan lapan individu berumur 20 hingga 54 tahun disyaki melakukan eksploitasi terhadap 12 warga asing menerusi Op Mega Pembanteras Jenayah TIP dalam enam serbuan berasingan di daerah ini, Kuala Pilah dan Rembau pada 22 dan 23 Jan lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata mangsa yang diselamatkan membabitkan seorang lelaki dan 10 wanita Thailand serta seorang wanita Kemboja, kesemuanya berusia antara 17 dan 73 tahun.
"Fokus utama adalah membanteras eksploitasi ke atas mangsa kanak-kanak, wanita, warga emas, orang kurang upaya (OKU) yang digunakan untuk mengaut keuntungan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Dzaffir berkata menerusi serbuan itu, polis turut menahan 15 warga asing berusia 28 hingga 49 tahun atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, serta merampas dua kereta, sebuah motosikal, lima telefon bimbit, 49 jenis barangan lelaki, 315 jenis makanan serta dan tunai RM116.
Beliau berkata kesalahan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024

Polis menahan lapan individu berumur 20 hingga 54 tahun disyaki melakukan eksploitasi terhadap 12 warga asing menerusi Op Mega Pembanteras Jenayah TIP dalam enam serbuan berasingan di daerah ini, Kuala Pilah dan Rembau. - Foto Sinar Harian
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.

Polis selamat 12 mangsa eksploitasi, lapan individu ditahan
Polis menahan lapan individu berumur 20 hingga 54 tahun disyaki melakukan eksploitasi terhadap 12 warga asing menerusi Op Mega Pembanteras Jenayah TIP.

Polis N.Sembilan lupus dadah bernilai hampir RM500,000
Ia membabitkan 36,445.41g dadah termasuk heroin, methamphetamine, ganja dan ketamin selain 47.3 liter kodien dan 586kg daun ketum.

Op Tapis Khas: Polis N.Sembilan tahan 133 individu atas pelbagai kesalahan dadah
Seramai 133 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah menerusi Op Tapis Khas yang dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan selama tiga hari, bermula 10 Okt lepas.

PRU15: 3,700 pegawai, anggota digerakkan di Negeri Sembilan
Pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar.

Ahli keluarga, jiran beri keterangan bantu siasatan kematian wanita warga emas
Polis merekodkan keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Paroi Jaya minggu lepas.

Polis lakukan siasatan menyeluruh kes kematian Nour Rania Asyifaa
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ruslan Khalid berkata siasatan merangkumi keterangan saksi mahupun teknikal, dengan penggunaan kaedah forensik serta khidmat pakar patalogi dan kimia.

Tiada laporan cubaan culik kanak-kanak seperti ditular - Polis Negeri Sembilan
Video memaparkan dua lelaki bermotosikal dan lengkap memakai topi keledar cuba menculik dua kanak-kanak yang sedang bermain di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan taska.

Polis N.Sembilan sedia bantu kesan 'Long Tiger' - Ketua Polis
Meskipun tiada pasukan khas ditubuhkan setakat ini, pihaknya sentiasa bersiap siaga selain semua anggota di lapangan telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Pengunjung perlu patuhi SOP, usah terlalu ghairah bercuti - Ketua Polis NS
Polis bimbang, kealpaan orang ramai susulan pengoperasian semula sektor sosial dan ekonomi menyebabkan kes kembali meningkat.