IPOH: Tiga penjenayah yang aktif melakukan pecah rumah dan samun sepasang suami isteri warga emas bulan lalu, tumpas apabila dicekup polis dalam dua serbuan berasingan di Bercham pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ketiga-tiga suspek diburu dalam satu operasi khas selepas tiga kali memecah masuk rumah mangsa pada 2,11 dan 24 Mei lalu hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM27,000.
"Polis menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 33, 39 dan 41 tahun dalam dua serbuan berasingan sekitar jam 2 dan 2.30 petang di Bercham pada Khamis.
"Polis berjaya merampas beberapa barang kes termasuklah kenderaan dan barangan milik mangsa semasa tangkapan dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.
"Dengan tertangkap suspek, ketiga-tiga kes melibatkan mangsa sama berjaya diselesaikan.
"Polis kini sedang mengenal pasti jumlah sebenar kes yang dilakukan kumpulan ini dan suspek akan direman untuk siasatan lanjut," katanya.
Sinar Harian minggu lalu melaporkan sepasang suami isteri hidup dalam ketakutan apabila rumah mereka di Regat Tasek Timur 20, Taman Ria Bercham, menjadi sasaran pencuri.
Rumah diduduki warga emas, Chan Liew Chan, 72, bersama suaminya, Tou Kum Hin, 80, yang juga menghidap strok dipecah masuk sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga minggu.
Kejadian ketiga memberi kesan kepada wanita itu apabila lutut kanannya mengalami retak akibat ditolak oleh salah seorang suspek. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 02 2023

Minggu lalu, sepasang suami isteri dilaporkan hidup dalam ketakutan apabila rumah mereka di Regat Tasek Timur 20, Taman Ria Bercham, menjadi sasaran pencuri. - Foto Sinar Harian
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Suspek kes bunuh Norshamira ada enam rekod kes judi - Polis
Siasatan polis setakat ini mendapati lelaki itu pernah disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan tiada rekod jenayah lain.

Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Empat individu termasuk dua wanita berusia antara 31 hingga 61 tahun ditahan selain 13 telefon bimbit dirampas.

Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Operasi antara 16 hingga 18 Januari lalu membawa kepada penangkapan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 31 hingga 55 tahun.

Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN
Suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.

Polis tahan suspek kedua terlibat insiden tikaman Saif Ali Khan
Selain luka berhampiran tulang belakang, Saif turut cedera di bahagian leher dan tangan.

Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.

Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.

Arab Saudi pernah beri amaran kepada Jerman tentang suspek insiden Magdeburg
Arab Saudi pernah meminta ekstradisi suspek yang dikenali sebagai Taleb A., tetapi Jerman tidak memberi sebarang maklum balas.

Suspek utama kes tikam wanita China ditahan - Ketua Polis KL
Suspek wanita berusia 34 tahun yang juga warga China itu ditahan di sekitar ibu negara, pada petang Rabu.