GOMBAK: Kegiatan bengkel kenderaan beroperasi secara haram dengan membeli dan meleraikan kenderaan serta menjual semula komponennya di pasaran, terbongkar menerusi serbuan di sekitar kawasan Gombak pada Khamis.
Bengkel beroperasi atas tanah lapang selain terletak tepi bukit itu dipercayai didirikan secara tidak sah sejak lima tahun lalu.
Ketua Penolong Pengarah D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk CS Shanmugamoorty berkata, dalam serbuan di bengkel haram dipercayai beroperasi sejak 2019 itu, pihaknya telah menangkap pemilik bengkel terbabit yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 51 tahun.
"Siasatan mendapati perniagaan ini dipercayai bermodalkan sebanyak RM20,000 dengan keuntungan diperolehi setiap tahun dianggarkan RM150,000 hingga RM200,000.
"Jika dikira selama enam tahun beroperasi secara haram, jumlah secara kasar adalah RM1.2 juta.
"Jika disemak di Pejabat Tanah, sewaan bagi setiap bulan tanah tersebut adalah RM8,000 sebulan dan anggaran enam tahun ia beroperasi dipercayai tunggakan sewa hampir RM576,000," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya, siasatan mendapati suspek membeli semua kenderaan terpakai untuk dileraikan, selain turut membeli kenderaan terlibat kemalangan, lari daripada bayaran bulanan dan kereta ditinggalkan.
"Kenderaan kemudiannya dileraikan sebelum dijual komponennya kepada kedai alat ganti kereta atau mana-mana individu," katanya.
Menurutnya, siasatan dijalankan bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946, Seksyen 413 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
Sementara itu jelasnya, operasi sama turut melibatkan serbuan sebuah bengkel di lokasi berdekatan.
"Operasi dijalankan kemudiannya menahan tiga warga asing yang bekerja di bengkel terbabit.
"Pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak memiliki sebarang dokumen sah dan disiasat bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 15 2024

Serbuan dijalankan di sebuah bengkel kenderaan alat ganti terpakai dekat Gombak pada Khamis. -Foto Sinar Harian

Pindaan Akta 711 beri lebih perlindungan kepada pelapor salah laku – KRPPM
Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) bakal memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.
146.48 juta warga Indonesia dijangka lakukan perjalanan
Seramai 146.48 juta mewakili 52 peratus penduduk Indonesia dijangka akan melakukan perjalanan semasa cuti perayaan sambutan Aidilfitri 2025.

Gabungan NGO anjur Himpunan Hari Al-Quds, serah nota bantahan ke Kedutaan AS
Perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Perdagangan: Vietnam catat defisit luar biasa pada Februari
Sebagai hab pembuatan serantau, Vietnam sangat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi yang dipacu eksport dan menghadapi risiko daripada pertikaian perdagangan global, termasuk kemungkinan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat.
Kawasan terjejas banjir kini dalam proses pembersihan
Pihak berkuasa Jakarta Timur mengerahkan 285 anggota melalui pejabat alam sekitar bagi membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Kos operasi eksport Thailand mungkin meningkatF
Kos operasi untuk eksport Thailand mungkin meningkat sebanyak enam ke lapan peratus secara purata memandangkan dasar tarif agresif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke atas barangan import.
China teruskan proses penghantaran pulang
China meneruskan proses menghantar pulang warganya dari pusat penipuan Myanmar melalui Thailand pada Khamis.

Laporan jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Islam sedia dibentang
Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam telah menyediakan laporan kajian.
As terus jadi rakan penting ASEAN - Vivian Balakrishnan
Singapura akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan Asean untuk mencari peluang bagi penglibatan peringkat tinggi dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat.

Polis serbu bengkel haram lerai kereta terpakai
Bengkel beroperasi atas tanah lapang selain terletak tepi bukit itu dipercayai didirikan secara tidak sah sejak lima tahun lalu.