Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kampar berjaya menumpaskan aktiviti menjual dan memproses air ketum di Kampung Pintu Padang di sini, pada Sabtu malam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun yang disyaki menjalankan aktiviti tersebut.
Menurutnya, antara rampasan dalam operasi tersebut ialah 18 bungkusan plastik di mana setiap satunya mengandungi cecair disyaki air ketum dengan anggaran berat 22.5 liter dan 10 bungkusan plastik warna hitam, setiap satunya mengandungi helaian daun-daun hijau disyaki daun ketum dengan anggaran berat 40 kilogram.
Katanya, turut dirampas ialah satu tong ais, tiga periuk besar, dua tong gas serta masing-masing satu besen plastik, penapis besi, jug air dan alat penimbang.
“Siasatan awal mendapati daun ketum yang diproses dijual dengan harga RM10 sebungkus dan dijual kepada orang-orang di sekitar kampung.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Sep 15 2019

Turut dirampas ialah satu tong ais, tiga periuk besar, dua tong gas serta masing-masing satu besen plastik, penapis besi, jug air dan alat penimbang. - Foto ihsan PDRM

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika serbuan ketum
Dua senjata api jenis mesingan tiruan antara yang dirampas pihak polis ketika melakukan serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses air ketum di Lintang Bayan.

Pensyarah antara tiga penjawat awam ditahan miliki dadah - Polis
Seorang pensyarah di sebuah universiti di Kelantan antara tiga penjawat awam yang ditahan menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri itu pada 26 Mei hingga 8 Jun lepas.

Empat anggota polis ditahan peras ugut peniaga air ketum
Empat anggota polis ditahan pada Jumaat lepas, kerana disyaki memeras ugut seorang peniaga air ketum di Taman Desa Gombak sejak November 2023.

Polis tahan 11 lelaki terlibat judi laga ayam
Polis menahan 11 lelaki berusia lingkungan 21 hingga 57 tahun dan merampas 13 ekor ayam yang digunakan dalam kegiatan judi sabung ayam di kawasan Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.

Air ketum: 6 anggota polis IPD Jerantut ditahan disyaki minta rasuah
Enam anggota polis termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut direman sehingga 11 Mei ini, bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah berjumlah RM5,000.

Sarjan polis direman tujuh hari minta rasuah RM7,000
Seorang anggota polis berpangkat Sarjan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah.

13 leka masak air ketum antara 58 individu ditahan di Kota Tinggi
Polis menahan 58 individu atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 13 orang yang sedang leka memasak air ketum dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Felda di Kota Tinggi.

Polis tahan enam lelaki proses, jual air ketum
Kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Polis tahan suri rumah jual air ketum
Polis menahan seorang suri rumah dipercayai menjadi pengedar air ketum menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kediaman di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam.

'Panas baran, badan susut nampak tulang' - Isteri derita suami ketagih air ketum
Suaminya memang mengamalkan minuman ketum sebelum mereka mendirikan rumah tangga.