IPOH: Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu yang mendakwa ada pihak yang memasukkan sesuatu di dalam minumannya.
Ketika ini polis sedang menunggu laporan daripada patologi, berhubung sampel air kencing ADUN berusia 54 tahun itu bagi melengkapkan kertas siasatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ADUN berkenaan juga telah membuat laporan polis yang mengatakan ada seseorang masukkan bahan dalam minumannya.
"Itu kita akan siasat. Maka sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan ataupun boleh membuat laporan polis, dia pun telah buat laporan polis. Maka biar polis siasat. Kita akan siasat selengkap-lengkapnya sebelum kertas siasatan disiapkan, dihantar kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan lanjut," katanya.
BACA: 'Saya tidak ambil bahan terlarang, merokok pun tidak' - ADUN Pasir Bedamar
BACA: Penahanan di kelab malam: ADUN Pasir Bedamar buat laporan polis
Beliau bercakap dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh pada Ahad yang turut dihadiri Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Pada Sabtu, Terence Naidu mendakwa beliau tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang dan tidak merokok pun.
Sehubungan itu, ADUN DAP itu terkejut ketika dimaklumkan bahawa ujian air kencingnya positif, ketika ditahan di sebuah kelab malam di Perai, Pulau Pinang pada Khamis malam.
Dia mendakwa, telah dimaklumkan oleh seorang saksi bahawa ketika ke tandas, seseorang telah datang ke meja dan mengisi gelas minumannya.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jan 16 2022
Ayob Khan berkata polis sedang menunggu laporan daripada patologi, berhubung sampel air kencing ADUN berusia 54 tahun itu bagi melengkapkan kertas siasatan. - Foto BERNAMA
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
ADUN Pasir Berdamar Terence Naidu hantar representasi gugur pertuduhan salah guna dadah
ADUN Pasir Bedamar itu mendakwa pertuduhan yang dibuat ke atasnya tidak berasaskan bukti yang kukuh.
Polis serah kertas siasatan kes dadah ADUN kepada PPN hari ini
Kertas siasatan berhubung kes ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu yang positif dadah diserah kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang hari ini.
Polis siasat dakwaan ADUN Pasir Bedamar positif dadah kerana 'disabotaj' - Ayob Khan
Ketika ini polis sedang menunggu laporan daripada patologi, berhubung sampel air kencing ADUN berusia 54 tahun itu bagi melengkapkan kertas siasatan.
'Saya tidak ambil bahan terlarang, merokok pun tidak' - ADUN Pasir Bedamar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mendakwa beliau tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang.