Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
"Siasatan lanjut berkaitan laporan yang dibuat berkenaan sedang dijalankan oleh pihak polis.
"Semakan mendapati, pengadu sebelum ini hadir di sebuah ibu pejabat polis daerah bagi siasatan kes berkaitan perhimpunan berlangsung pada 19 Disember lalu yang disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, selain daripada pengadu terdapat lapan individu lain yang diambil keterangan pada hari sama.
"Kes ini masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan dijalankan," katanya. - Sinar Harian