BUKIT MERTAJAM: Polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden pergaduhan dipercayai berkaitan hutang membabitkan sekumpulan individu termasuk pengeluar produk kecantikan di hadapan restoran di Taman Sri Mutiara, Bukit Tengah yang videonya tular hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata pihaknya mengesan video itu pada 12.20 tengah hari di media sosial dan berdasarkan siasatan, insiden berlaku pada 12.30 tengah malam tadi.
"Berdasarkan siasatan awal, kejadian itu berlaku apabila mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 30-an didatangi seorang lelaki (suspek) bersama beberapa individu yang memaksanya membuat rakaman melalui telefon bimbit untuk mengaku bahawa mangsa berhutang sejumlah wang dengannya.
"Tindakan itu menyebabkan berlaku pertengkaran mulut dan tolak-menolak antara mangsa dengan suspek yang juga lelaki tempatan berusia lewat 20-an," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata mangsa dan suspek telah tampil membuat laporan polis berhubung insiden itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Polis berkata mangsa dan suspek telah tampil membuat laporan polis berhubung insiden itu. - Gambar hiasan/Twitter@bernamadotcom
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim
Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.

Polis siasat dakwaan pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah
Polis Perak sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sebuah sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah di Ipoh.