SHAH ALAM: Polis mengesahkan sedang menyiasat dakwaan seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa bayinya berusia 5 bulan didera pengasuh.
Menurut hantaran yang tular tersebut, beliau menyerahkan bayinya kepada pengasuh tersebut sekitar jam 8.15 pagi di rumah suspek di Seksyen 7 di sini sebelum mengambil kembali anak tersebut pada 1 petang kerana berasa tidak sedap hati.
Difahamkan, pengasuh berkenaan memberi pelbagai alasan apabila disoal tentang kesan kemerah-merahan pada lengan bayi tersebut lantas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Baharudin Mat Taib berkata, siasatan berkenaan kejadian tersebut sedang dijalankan susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa.
"Bapa bayi tersebut membuat laporan polis kerana ada kesan kemerahan di lengan kiri dan kanan mangsa pada hari pertama dalam jagaan pengasuh terbabit.
"Siasatan mendapati pengasuh tinggal bersama anaknya yang berusia 4 tahun ketika kejadian berlaku.
"Pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kesan kecederaan tisu lembut pada lengan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau menggesa orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian tersebut sementara siasatan dijalankan.
"Kes masih disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
"Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi dan sekiranya ada yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini, bolehlah salurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Anis Shafika di talian 011-10951310," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 31 2021

Kesan kemerah-merahan pada lengan bayi berkenaan - Foto FB Khidmat Pengasuh Shah Alam

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Guru taska disyaki dera bayi 11 bulan dituduh esok
Seorang guru taska yang direman sejak Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes mengasari dan mendera seorang bayi lelaki berusia 11 bulan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor, esok.

Polis tahan guru taska disyaki dera bayi 11 bulan
Wanita berusia 24 tahun yang bekerja sebagai guru taska itu ditahan di pekarangan IPD Sungai Buloh pada 6.50 petang.

'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.

Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha
Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato' Onn, Isnin lepas.

Cuai jaga bayi: Pengasuh taska didenda RM40,000, khidmat masyarakat
Seorang pengasuh taska didenda RM40,000 dengan bon berkelakuan baik dua tahun dan diperintah menjalani khidmat masyarakat 100 jam selepas mengaku bersalah cuai terhadap dua orang bayi.

Kasari bayi: JKM tutup operasi taska tidak berlesen serta-merta
Selain taska di Mutiara Rini, Skudai, cawangan taska itu di Jalan Abd Samad dan Gelang Patah juga ditutup.

Pengasuh tular dera bayi direman
Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan reman selama empat hari kepada seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes dera dan mengasari dua bayi di sebuah taska.

Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska
Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini.

Ibu kandung ditahan disyaki dera bayi 10 bulan
Polis menahan seorang suri rumah kerana dipercayai mendera anak kandungnya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, di sini Khamis lalu.

Wanita, teman lelaki direman bantu siasatan kes bayi lapan bulan mati dipercayai didera
Perintah reman bermula semalam sehingga Isnin depan terhadap wanita bersama teman lelakinya, kedua-duanya berumur 30 tahun bagi membantu siasatan.