GOMBAK: Polis menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan aktiviti menangkap monyet liar di kawasan pinggir hutan berhampiran taman perumahan di Batu Caves di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, video tular berdurasi 52 saat tersebut dikesan kira-kira jam 7 petang.
"Satu laporan diterima pihak polis pada 13 Jun kira-kira jam 3.30 petang berkaitan kerja-kerja menangkap monyet liar yang telah merosakkan harta benda penduduk.
"Siasatan mendapati kerja-kerja tersebut dijalankan oleh kakitangan Pejabat Perhilitan Hulu Selangor setelah menerima aduan oleh pihak Persatuan Penduduk itu sendiri," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, aduan dibuat berkaitan sekumpulan monyet liar didakwa mengganggu serta merosakkan harta benda penduduk.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh mengelirukan dan menjejaskan ketenteraman awam," katanya.
Pada Rabu, tular video di laman sosial Facebook yang dipercayai dimuat naik oleh seorang individu mendakwa terdapat kerja-kerja menangkap beberapa monyet liar di sebuah kawasan di Batu Caves.
Tindakan tersebut didakwa oleh individu berkenaan disifatkan zalim dan tidak berperikemanusiaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 15 2023

Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, video tular berdurasi 52 saat tersebut dikesan kira-kira jam 7 petang. - Gambar/ Sinar Harian

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Polis siasat video tular dakwa perbuatan kejam tangkap monyet
Polis menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan aktiviti menangkap monyet liar di kawasan pinggir hutan berhampiran taman perumahan di Batu Caves di sini pada Rabu.