AYER KEROH: Polis menyiasat dakwaan sekumpulan pekerja warga asing sebuah kilang, di sini, yang bebas berkeliaran sekitar Taman Ayer Keroh Height meskipun memakai gelang Kes Yang Disyaki (PUI).
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan itu dibuat selepas menerima laporan berhubung beberapa rakaman video tular yang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
“Balai polis Ayer Keroh pada sebelah petang semalam menerima laporan berhubung beberapa rakaman video memaparkan sekumpulan warga asing yang merupakan pekerja kilang di kawasan perindustrian di sini, telah keluar dari kediaman dan membeli barangan runcit dalam keadaan bergelang ‘pink’.
"Berdasarkan rakaman video itu memang jelas mereka telah melanggar SOP dan kami telah memanggil pengurus sumber manusia kilang terbabit untuk hadir ke IPD Melaka Tengah bagi tujuan rakaman percakapan dan mendapatkan butiran lanjut pekerja terlibat,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Beliau berkata, siasatan turut mendapati kumpulan warga asing itu baru sahaja dipakaikan gelang berkenaan dan dalam proses untuk dihantar balik ke asrama masing-masing bagi tujuan kuarantin.
“Pihak polis telah pun membuka kertas siasatan ke atas individu yang dirakam kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 Perenggan 22 (B) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021 Akta 342.
“Tindakan mereka ini jelas melanggar SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tidak membenarkan mana-mana individu keluar dari kediaman semasa sedang kuarantin,” tambahnya.
Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan beberapa pekerja warga asing membuat pembelian panik di kedai runcit sekitar Taman Ayer Keroh Height selepas mereka terpaksa memakai gelang merah jambu dan diarah menjalani kuarantin.
Melaka sebelum ini turut mengesahkan empat kilang termasuk sebuah kilang makanan di perindustrian Ayer Keroh diarah tutup selepas berlaku peningkatan jangkitan indeks COVID-19 membabitkan pekerja tempatan dan warga asing.
Shuhada Abdul Kadir
Wed May 26 2021

Siasatan itu dibuat selepas polis menerima laporan berhubung beberapa rakaman video tular yang jelas melanggar SOP COVID-19. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

TikTok tanggal gelang 'pink': Remaja dikompaun RM5,000
Kompaun berkenaan dikeluarkan selepas video aplikasi TikTok remaja berusia 17 tahun itu tular di media sosial pada Isnin.

COVID-19: Wanita 'gelang pink' dalam perjalanan pulang dari CAC
Wanita tersebut menjalani ujian saringan COVID-19 di sebuah klinik di Kota Damansara pada Sabtu dan disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Lelaki gelang 'pink' isi minyak kereta dikenal pasti
Aksi lelaki berusia 25 tahun itu yang juga tidak memakai pelitup muka tular di media sosial kira-kira jam 2 petang pada Rabu.

Tular bawa pekerja naik lori: Kilang ayam sudah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan selepas kilang berkenaan didapati tidak mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JKN Kedah sahkan arah pekerja kilang proses ayam dibawa ke PKD
JKN Kedah mengesahkan telah meminta pihak majikan sebuah kilang pemprosesan ayam di Bedong, Sungai Petani untuk membawa pekerjanya yang positif COVID-19 ke PKD.

Lori sarat dengan pekerja asing bergelang 'pink' ditahan polis
Polis menahan sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja warga asing memakai gelang kuarantin di Sungai Petani pada Ahad, selepas video dan gambar insiden berkenaan tular di media sosial.

COVID-19: Kontak rapat serumah di Kelantan perlu pakai gelang kuarantin 14 hari
Kelantan memutuskan supaya semua kontak rapat serumah dengan kes positif COVID-19, akan dipakaikan gelang kuarantin selama 14 hari.

Polis siasat warga asing 'gelang pink' beli barang keperluan
Siasatan dibuat selepas polis menerima laporan berhubung beberapa rakaman video tular yang jelas melanggar SOP COVID-19.

Isu pak cik gelang 'pink' isi minyak, janganlah cepat melatah - KP Melaka
Lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit.

Kelantan kuat kuasa penggunaan gelang merah jambu, hijau
Ketetapan itu dibuat selepas kerajaan menimbang untuk membendung penularan COVID-19 di Kelantan yang masih kekal sebagai negeri zon hijau.