KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan adalah kerana warga emas memandu kenderaan dalam keadaan mereka tidak sihat sepenuhnya.
Beliau berkata kumpulan warga emas seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan surat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa mereka sihat untuk memandu.
"Apabila mencapai usia warga emas, banyak penyakit yang datang, antaranya penyakit Alzheimer dan penglihatan tidak terang.
"Faktor ini secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya.
"Terdapat kes sebelum ini seorang warga emas memandu kenderaan dengan memasuki lorong motosikal. Maka kerajaan perlu meneliti dan mengkaji berhubung pengeluaran LKM kepada golongan warga emas," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pada Jumaat.
Beliau memberi contoh sekiranya seseorang warga emas berusia 70 tahun memperbaharui LKM bagi tempoh lima tahun, ia tidak sesuai sama sekali kerana faktor usia.
Sementara itu Azisman turut mencadangkan kepada kerajaan untuk mengeluarkan satu polisi bagi motosikal yang berkuasa rendah agar tidak mengeluarkan bunyi bising.
"Polisi berkenaan diperlukan kerana rata-rata motosikal berkuasa rendah ini banyak diubah suai ekzosnya yang mengeluarkan bunyi bingit dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan," katanya.
Mengulas mengenai statistik kemalangan jalan raya, Azisman berkata motosikal masih menjadi faktor penyumbang utama kemalangan yang masih meningkat.
"Kemalangan motosikal masih tinggi iaitu 70 peratus melibatkan 2,075 kematian bagi tempoh awal tahun ini hingga Ogos lepas," katanya.
Selain itu menurutnya kemalangan kedua tertinggi melibatkan kereta iaitu 450 kematian, diikuti pejalan kaki (168), lori (87), basikal (54), kenderaan pacuan empat roda (53) dan bas (1) bagi tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021

PDRM mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Wanita warga emas disyaki curi wang majlis kahwin direman empat hari
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.

Ibu temui ajal ketika hantar anak ke hospital
Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 2 petang melibatkan lori Isuzu dengan kereta Perodua Axia.

Dua remaja langgar lari wanita warga emas
Hasil siasatan mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.