SHAH ALAM: Polis menahan 101 individu warga tempatan termasuk 36 wanita, dipercayai anggota sindiket penipuan pelaburan dalam talian menggunakan khidmat panggilan, di dua lot premis perniagaan USJ 1, Subang Jaya, 7 Ogos lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua mereka yang ditahan dalam serbuan 12.30 tengah hari itu, berusia lingkungan 19 hingga 41 tahun, terdiri daripada pengurus, pengurus operasi, juruteknik bahagian teknologi maklumat serta operator pusat panggilan tersebut.
Beliau berkata sindiket yang menggunakan nama pelaburan GCM Asia itu telah beroperasi lebih setahun dengan mempromosikan pelaburan itu menerusi media sosial dan rangkaian internet.
"Pelaburan itu menawarkan pakej pelaburan dalam bidang forex, emas, minyak, saham dan lain-lain dengan jumlah minimum 100 dolar Amerika Syarikat.
"Pelabur juga dijanjikan dengan pulangan lumayan sehingga 30 peratus keuntungan dalam tempoh masa yang singkat sebelum menyedari ditipu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Hussein berkata pihaknya juga merampas 94 komputer, 47 telefon pejabat dan 96 telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk membuat panggilan mencari pelabur serta masing-masing satu unit modem dan router.
"Pemeriksaan awal terhadap barang kes yang dirampas mendapati aplikasi pelaburan GCM Asia dan nombor akaun bank yang digunakan oleh sindiket ini terlibat dengan beberapa laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa penipuan sindiket berkenaan di Selangor serta negeri lain.
"Malah pelaburan GSM Asia ini juga telah disenaraikan hitam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak dua tahun lalu. Sehingga kini, anggaran kerugian yang dialami oleh mangsa mencecah RM2 juta," katanya.
Hussein berkata kesemua suspek kini direman tiga hari bermula 8 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Sekyen 120B akta sama.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kelakuan dan kenyataan biadab kumpulan muzik dari United Kingdom, The 1975.
"Kita telah merakamkan 28 keterangan meliputi 17 daripada percakapan pengadu, 10 keterangan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara serta seorang penganjur.
"Siasatan telah dilengkapkan dan kita akan serahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjut," katanya.
Dalam pada itu, mengenai penganjuran mogok lapar di Penjara Sungai Buloh awal bulan ini, Hussien berkata pihaknya masih menunggu penganjur mogok berkenaan untuk memberikan keterangan bagi melengkapkan siasatan melibatkan 22 keterangan individu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023

Kesemua mereka yang ditahan dalam serbuan 12.30 tengah hari itu, berusia lingkungan 19 hingga 41 tahun, terdiri daripada pengurus, pengurus operasi, juruteknik bahagian teknologi maklumat serta operator pusat panggilan tersebut. -Gambar hiasan

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM32,000
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Bayan Lepas, pada Rabu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.

Polis tahan 101 anggota sindiket tipu pelaburan GCM Asia
Polis menahan 101 individu warga tempatan termasuk 36 wanita, dipercayai anggota sindiket penipuan pelaburan dalam talian menggunakan khidmat panggilan, di dua lot premis perniagaan USJ 1, Subang Jaya