KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga Myanmar yang disyaki memecah masuk sebuah kedai pakaian di Pandan Indah di sini tiga hari lepas, melibatkan kerugian kira-kira RM10,000.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua suspek berusia 20 dan 22 tahun ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Pandan Indah pada hari Jumaat dan semalam.
"Dalam kejadian Jumaat lepas pekerja kedai berkenaan mendapati pintu masuk di tingkat satu kedai telah terbuka manakala mangga pada pintu masuk telah dipotong, dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup kedai mendapati dua lelaki asing telah memecah masuk kedai sebelum melarikan pelbagai barangan.
"Pengadu (pemilik kedai) menganggarkan kerugian RM10,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan membawa kepada penangkapan dua suspek perkenaan pada pukul 11.40 pagi Jumaat serta 1.20 pagi semalam, dan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine.
"Polis turut merampas beberapa barang seperti komputer riba, peti simpanan duit, alatan dipercayai bagi memecah masuk rumah, pelbagai telefon bimbit dan jam tangan berjenama daripada suspek, yang disyaki dicuri," katanya.
Menurut Mohamad Farouk kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah rumah/premis bagi tujuan mencuri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022

Menurut Mohamad Farouk kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah rumah/premis bagi tujuan mencuri. - Gambar hiasan

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Suspek pecah masuk rumah pemain Selangor FC turut sasar kediaman lain
Suspek yang memecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee di Shah Alam baru-baru ini dipercayai tidak hanya menyasarkan kediaman atlet itu.

Kieda Crepe rugi RM800,000 rumah dipecah masuk, cap jari suspek tiada dalam rekod
Seorang usahawan pencuci mulut mengalami kerugian RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas dipecah masuk penjenayah pada April lalu.

Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.

Lelaki ditahan dipercayai terlibat 20 kes pecah stesen pam minyak
Seorang lelaki disyaki aktif dalam kegiatan pecah masuk stesen pam minyak di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM50,000, ditahan polis.

Dadah disyaki punca sarjan pecah masuk stor ekshibit IPD Sepang
Terdesak mendapatkan bekalan dadah dan faktor kewangan disyaki merupakan punca seorang sarjan sanggup memecah masuk stor ekshibit Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Sabtu.

Barang kes hilang, stor ekshibit IPD Sepang dipecah masuk
Polis mengesahkan stor ekshibit Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dipecah masuk, pada Sabtu.

Polis buru tiga lelaki larikan barang kemas RM1 juta
Sebuah kedai emas di Tanjung Rambutan mengalami kerugian kira-kira RM1 juta selepas dipecah masuk awal pagi tadi.

Geng Rongak aktif pecah masuk sekolah tumpas
Tiga suspek berusia 21 hingga 34 tahun itu berjaya ditahan menerusi tiga serbuan yang dilakukan di daerah ini pada Selasa.

Polis tahan 2 lelaki Myanmar pecah masuk kedai pakaian
Polis menahan dua lelaki warga Myanmar yang disyaki memecah masuk sebuah kedai pakaian di Pandan Indah tiga hari lepas, melibatkan kerugian kira-kira RM10,000.

PRN Johor: Pejabat UMNO Bahagian Mersing dipecah masuk
Pejabat UMNO Bahagian Mersing yang terletak di Jalan Ismail di sini dipercayai dipecah masuk selepas beberapa kelengkapan berharga premis itu didapati hilang.