JERTIH: Tidak sampai 24 jam selepas melakukan rompakan bersenjata di dua kedai serbaneka di sekitar Kuala Besut dekat sini, dua lelaki berjaya ditahan polis petang semalam.
Ketua Polis Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kedua-dua suspek berusia 26 dan 33 tahun itu, ditahan di rumah rakan mereka di Kuala Besut kira-kira 6 petang semalam.
"Dalam kejadian antara pukul 4 pagi hingga 4.30 pagi semalam, kedua-dua suspek melakukan rompakan menggunakan sebilah parang di kedua-dua kedai serbaneka 24 jam tersebut.
"Suspek datang ke premis kedai itu dengan menaiki sebuah kereta Proton Saga dan melakukan rompakan pada awal pagi, dan melarikan sejumlah wang tunai dan kad tambah nilai Touch 'n Go e-Wallet," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rozak berkata tangkapan dibuat, selepas pihaknya melakukan risikan dan gerakan bagi memburu suspek sebaik menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 10 pagi semalam.
"Dengan penahanan kedua-kedua suspek, pihak polis percaya turut menyelesaikan kes rompakan bersenjata berkumpulan yang berlaku di Pasir Putih di Kelantan sebelum ini. Ini kerana modus operandi yang digunakan sama, jadi kita percaya ia dilakukan oleh suspek yang sama," katanya.
Abdul Rozak berkata pihaknya turut merampas barang kes termasuk wang tunai bernilai RM400 dan sebuah kereta Proton Saga.
Bagaimanapun beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-kedua suspek negatif dadah dan hanya suspek yang berusia 26 tahun mempunyai jenayah rekod lampau berkaitan kekerasan
"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Kedua-dua suspek berusia 26 dan 33 tahun itu, ditahan di rumah rakan mereka di Kuala Besut kira-kira 6 petang semalam. - Gambar hiasan
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Polis tahan 2 lelaki rompak kad tambah nilai Touch'n Go e-Wallet
Tidak sampai 24 jam selepas melakukan rompakan bersenjata di dua kedai serbaneka di sekitar Kuala Besut dekat sini, dua lelaki berjaya ditahan polis petang semalam.

Perompak putus pergelangan tangan dilibas parang
Seorang perompak putus pergelangan tangan kiri ketika bergelut dengan anak pemilik kedai serbaneka di Kilang Lama, Kulim.