KUALA LUMPUR: Polis menahan 27 individu disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang menjadikan empat unit rumah di sebuah pangsapuri di Jinjang Baru, Sentul, di sini sebagai tempat kegiatan jenayah mereka.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata, kesemua lelaki berumur antara 23 dan 40 tahun itu ditahan pukul 5 pagi hingga 10 pagi tadi, dan ada antara mereka cuba melarikan diri dengan memanjat tingkap dan bumbung pangsapuri empat tingkat itu, namun akhirnya berjaya ditahan.
Beliau berkata polis turut merampas dadah jenis methamphetamine seberat 59.44 gram, serta sebuah kereta jenis Perodua Myvi, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, tiga utas gelang tangan, tiga bentuk cincin, seutas rantai bersama loket warna kekuningan dan wang tunai RM603.
Katanya semua suspek yang didapati positif methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah itu dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39(A)(1), Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) di bawah akta yang sama serta Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Bahagian III Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988," katanya dalam kenyataan malam ini.
"Hasil tangkapan, polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di kawasan Sentul sejak enam bulan lepas... Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Semua suspek yang didapati positif methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah itu dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.

Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000
Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah didalangi tiga lelaki dan merampas barangan terlarang itu membabitkan nilai RM556,271 Ahad lepas.

Sembilan termasuk lapan warga Taiwan didakwa edar dadah lebih 400kg
Lapan warga Taiwan dan seorang rakyat tempatan didakwa atas dua pertuduhan mengedar dua jenis dadah berbahaya seberat 489.7 kilogram 16 Jan lepas.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM13.59 juta dan memberkas lima individu berkaitan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak September tahun lepas.

Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah, bicara April
Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan lima hari untuk perbicaraan kes bermula 7 hingga 11 April ini.

Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.