BATU PAHAT: Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata mereka yang ditahan berusia 31, 39 dan 49 tahun.
Kemalangan kira-kira 3.30 petang itu melibatkan Proton Wira, Perodua Axia dan Mazda CX5 dan mangsa yang maut ialah seorang lelaki berusia 43 tahun iaitu penumpang Wira berkenaan.
Katanya hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu Mazda dan rakannya mengekori Wira yang dipandu dari arah Tongkang Pechah ke Parit Sulong, di sini.
"Sampai di tempat kejadian pemandu Wira dipercayai membrek secara mengejut menyebabkan Mazda gagal dikawal lalu terlanggar bahagian belakang Wira tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata akibat pelanggaran itu, Wira terpusing masuk ke laluan bertentangan, kemudian Axia yang dipandu lelaki berusia 42 tahun bersama penumpang wanita berusia 43 tahun telah melanggar bahagian kiri Wira tersebut menyebabkan penumpang Wira meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ismail berkata pemandu Mazda mendakwa beliau ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali mencuri telefon bimbit jenis Oppo miliknya yang diletakkan di sebuah lori, di sebuah premis kilang di Bandar Putera Indah, Tongkah Pechah.
Beliau berkata pemandu Mazda dan rakannya mengejar individu itu yang melarikan diri dengan menaiki Wira sejauh 12 kilometer sehingga berlaku kemalangan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Perintah tahanan reman akan dipohon bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Semalam, Ismail dilaporkan berkata seorang lelaki yang disyaki mencuri sebuah telefon bimbit maut, manakala tiga cedera dan seorang terselamat, dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Parit Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023

Kemalangan kira-kira 3.30 petang itu melibatkan Proton Wira, Perodua Axia dan Mazda CX5 dan mangsa yang maut ialah seorang lelaki berusia 43 tahun iaitu penumpang Wira berkenaan. - Gambar hiasan

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Penghantar barang larikan iPhone X diberkas
Lelaki itu berpura-pura menjadi pelanggan sebelum mencuri telefon bimbit berkenaan pada jam 3.30 petang 27 Mac lalu.

Polis tahan 3 lelaki bantu siasatan kes kemalangan maut
Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong, Isnin lepas.

Inkues kematian Vasanthapiriya pada 24, 25 Mei
Inkues berhubung kes pelajar Tingkatan Dua, M. Vasanthapiriya yang menggantung dirinya selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Kertas siasatan kes pelajar gantung diri diserahkan kepada pendakwa raya - Polis
Kertas siasatan berhubung kes M.Vasanthapiriya, 13, yang meninggal dunia awal pagi ini selepas ditemukan dalam keadaan tergantung Rabu lepas, telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.