Polis menahan 40 individu dalam satu operasi besar-besaran membanteras judi termasuk nombor ekor tanpa lesen di sekitar bandar raya ini pada Sabtu.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata tangkapan itu melibatkan warga tempatan dan warga asing, termasuk pembeli nombor ekor, berusia antara 20 dan 55 tahun.
"Pada operasi yang bermula pukul 3 petang itu, polis menggempur 23 premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian termasuk nombor ekor tidak berlesen.
"Kita turut merampas 65 telefon bimbit pelbagai jenama, 32 pencetak mudah alih, dua mesin kira-kira, lapan buku nota, dua pen dan satu kamera litar tertutup," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Wan Ahmad Najmuddin juga berkata pihaknya turut merampas 396 slip kertas nombor ekor serta wang tunai berjumlah RM29,225 dan dolar Singapura $1,157 yang merupakan hasil pendapatan harian penjualan judi itu.
Kesemua yang ditahan diambil tindakan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000, jika sabit kesalahan.
Mereka juga didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka yang memperuntukan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.
Turut serta dalam operasi berkenaan ialah pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017
![Polis tahan 40 individu terlibat judi di Johor Polis tahan 40 individu terlibat judi di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61465647744_Judi.jpg)
Polis menahan 40 individu dalam satu operasi besar-besaran membanteras judi termasuk nombor ekor tanpa lesen di sekitar Johor Bahru. - Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Polis Selangor gempur aktiviti perjudian dalam talian Polis Selangor gempur aktiviti perjudian dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642454386_Arjunaidi.jpg)
Polis Selangor gempur aktiviti perjudian dalam talian
Kesemua tangkapan melibatkan kategori perjudian dalam talian dan loteri awam tanpa lesen.
![Akta Rumah Judi terbuka 1953 perlu dipinda kerana ketinggalan zaman - Peguam Negara Akta Rumah Judi terbuka 1953 perlu dipinda kerana ketinggalan zaman - Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41487235793_ApandiAli.jpg)
Akta Rumah Judi terbuka 1953 perlu dipinda kerana ketinggalan zaman - Peguam Negara
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berpendapat Akta Rumah Judi Terbuka 1953 perlu dipinda kerana ia sudah ketinggalan zaman kerana hukuman yang dikenakan kepada pesalah adalah tidak relevan lagi
![Akta judi akan dipinda untuk atasi kelicikan kegiatan - TPM Akta judi akan dipinda untuk atasi kelicikan kegiatan - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487078768_DSZahidHamidi.jpg)
Akta judi akan dipinda untuk atasi kelicikan kegiatan - TPM
Kerajaan dalam usaha meminda Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi memperluas skop kuasa badan penguatkuasa selaras cabaran membanteras aktiviti perjudian masa kini.
![Polis tahan 40 individu terlibat judi di Johor Polis tahan 40 individu terlibat judi di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61465647744_Judi.jpg)
Polis tahan 40 individu terlibat judi di Johor
Polis menahan 40 individu dalam satu operasi besar-besaran membanteras judi termasuk nombor ekor tanpa lesen di sekitar bandar raya ini semalam.