TAMPIN: Polis menahan seorang lelaki yang tergamak menumbuk muka serta mencucuh puntung rokok pada anak tirinya yang baru berumur 16 bulan di Felda Bukit Jalor, Air Kuning Selatan, di sini, 25 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata polis menahan lelaki berusia 23 tahun itu bersama isteri di Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan pada hari sama selepas menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan yang merawat bayi berkenaan.
Beliau berkata bayi itu merupakan anak kandung kepada wanita berusia 17 tahun yang berkahwin dengan lelaki berkenaan kira-kira lapan bulan lepas.
"Pada 25 Ogos lepas, pihak kami didatangi oleh pegawai perubatan yang memaklumkan menerima seorang pesakit iaitu bayi berusia setahun empat bulan dalam keadaan lebam pada mata.
"Seorang lelaki mengaku memukul bayi berkenaan kerana sering menangis, dan lelaki itu juga mengaku mencucuh puntung rokok di bahagian tapak kaki kiri bayi itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Anuwal berkata pasangan itu membawa bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan, dan bayi itu kemudiannya dipindahkan ke sebuah hospital di Kuala Pilah untuk diberikan bantuan oksigen dan rawatan lanjut.
Katanya lelaki itu mempunyai rekod lampau dadah dan kini ditahan reman sehingga 6 Sept manakala ibu bayi itu dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak.
Kertas Siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan lelaki berkenaan akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001 manakala ibu bayi itu pula akan didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak di Mahkamah Majistret Tampin pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Polis menahan seorang lelaki yang tergamak menumbuk muka serta mencucuh puntung rokok pada anak tirinya yang baru berumur 16 bulan. - Gambar hiasan
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Lelaki dipenjara 30 tahun, 12 sebatan bunuh anak tiri
Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh anak lelaki tirinya yang berusia dua tahun pada 2019.
Polis tahan bapa tiri disyaki rogol remaja 15 tahun
Perbuatan suspek itu terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya sebelum tampil membuat laporan polis.
Ibu kandung, bapa tiri dituduh bunuh anak lapan tahun
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.
Bapa, anak lelaki bersama rakan didakwa rogol anak tiri berusia 12 tahun
Seorang bapa bersama anak lelakinya serta rakan kepada anaknya itu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya berusia 12 tahun di sebuah rumah di Bachok.
Pelajar Tingkatan 4 dirogol buruh, bapa tiri jadi dalang
Seorang buruh ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sini pada Sabtu.
Polis tahan lelaki rogol anak tiri sejak Darjah Empat
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menjadikan dua anak tirinya yang masing-masing berusia 13 dan 15 tahun sebagai pemuas nafsunya sejak tujuh tahun lalu di sebuah rumah di Tanjung Kling.
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak tiri berusia 11 tahun
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pondok dalam kebun di kawasan Air Ganda, Gerik 3 Oktober lalu.
Bapa kanak-kanak hilang di Amazon ditahan cabul anak tiri
Polis Colombia menahan bapa kanak-kanak Orang Asli yang menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia pada bulan Jun lalu selepas terselamat dalam nahas pesawat dan hilang 40 hari di dalam hutan Amazon.
Budak 4 tahun maut: Ibu kandung, bapa tiri mengaku salah aniaya, sebabkan cedera
Sepasang suami isteri mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya dan menyebabkan kecederaan terhadap anak mereka berusia empat tahun yang meninggal dunia ketika dirawat di HSA, bulan lalu.
Wanita dera anak hingga mati dibebaskan dengan jaminan polis
Polis masih meneruskan reman terhadap suspek lelaki yang merupakan bapa tiri mangsa bagi membantu siasatan.