ALOR SETAR: Kelibat dua lelaki yang mencurigakan membawa kepada penangkapan dan penemuan semula sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Masjid Taman Rakyat, di sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Alor Setar ketika membuat rondaan cegah jenayah di sekitar pusat Bandar Raya Alor Setar jam 8.30 malam tadi.
“Anggota telah terserempak dengan dua lelaki yang membonceng motosikal dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah bank di Jalan Badlishah.
“Sebaik mengesan pergerakan kedua-dua lelaki terbabit anggota CPJ kemudiannya terus mengekori mereka untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Ahmad Shukri berkata, sebaik menyedari mereka diekori suspek cuba meloloskan diri namun berjaya ditahan di tepi jalan kawasan Taman Wira Mergong.
Katanya, hasil semakan mendapati motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki kedua-dua suspek baru sahaja dilaporkan hilang pada 5 Ogos lalu di Masjid Taman Rakyat.
Kedua-dua suspek berusia 22 dan 34 tahun itu bersama motosikal dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Curi Motosikal).
Adie Sufian Zulkefli
Tue Aug 09 2022

Anggota telah terserempak dengan dua lelaki yang membonceng motosikal dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah bank di Jalan Badlishah. - Foto PDRM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Polis tahan dua lelaki disyaki curi motosikal
Hasil semakan mendapati motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki kedua-dua suspek baru sahaja dilaporkan hilang pada 5 Ogos.