ALOR SETAR: Polis menahan tiga individu dan merampas 2.25 kilogram (kg) "heroin base" bernilai RM195,000 dalam serbuan di Pendang pada 24 Julai lepas dan menahan seorang lagi di Pulau Pinang 10 jam kemudian.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata operasi dilakukan hasil risikan pihaknya berhubung aktiviti pengedaran dadah oleh empat suspek tersebut yang kesemuanya berusia antara 36 hingga 49 tahun.
Katanya, serbuan pertama dilakukan kira-kira pukul 7 malam pada 24 Julai lepas di sebuah bengkel di Kampung Lubok Rambutan, Pendang, dengan tiga suspek ditahan dan satu bungkusan plastik hitam mengandungi enam ketulan mampat "heroin base" seberat 2.25 kg ditemukan.
"Rentetan itu, seorang lagi suspek ditahan di Pulau Pinang keesokannya kira-kira pukul 5.10 pagi kerana disyaki terlibat kes sama. Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,708 daripada suspek tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Katanya, semua suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian air kencing dijalankan, direman tujuh hari bermula Ahad lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Polis percaya dadah yang dirampas ini akan diproses sebelum diedarkan kepada penagih dadah di negeri ini dan negeri jiran... kita sedang mengesan penglibatan ahli sindiket lain," katanya yang turut menyatakan kesemua suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata pihaknya menahan 7,485 individu yang terlibat dengan kesalahan berkaitan dadah di negeri ini sejak 1 Jan hingga 25 Julai.
Katanya, daripada jumlah itu 1,988 individu merupakan pengedar dadah manakala 5,497 orang adalah penagih dadah.
"Kita juga merampas dadah heroin sebanyak 48.4 kg, 35.4 kg syabu, 278 kg ganja selain daun ketum seberat 38 kg dalam tempoh tersebut dengan nilai keseluruhan kira-kira RM3.1 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
Kamarul Zaman (tengah) menunjukkan enam ketulan mampat dadah jenis heroin base yang dirampas dalam serbuan di Kampung Lubok Rambutan, Pendang pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Alor Setar, 27 Julai, 2021. --fotoBERNAMA
Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.
Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.
Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.
Serangan udara Israel di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata
Letupan kuat kedengaran di kampung Baisariyeh, yang kemudiannya disahkan berpunca akibat serangan udara Israel.
AWANI Tonight 7 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
Seorang rakyat Malaysia antara 61 mangsa penipuan dalam talian diselamatkan di Myanmar
Kedutaan Malaysia di Bangkok telah mengesahkan identiti warganegara Malaysia itu dengan pihak berkuasa Thailand.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam.
It's About YOUth: Creating a greener future with art
Can art inspire a greener future? Andrew Woon from Faber-Castell Malaysia and young artist Chan Ellen explore the transformative power of art in fostering environmental awareness among youth.
Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.
Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti media.
Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.
Polis tahan empat individu, rampas lebih 2 kg heroin base bernilai RM195,000
Semua suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine, direman tujuh hari bermula Ahad lepas.
Dadah RM6.5 juta dirampas, seorang lelaki ditahan di Pulau Pinang
Kesemua syabu yang dirampas itu dibungkus dalam bungkusan teh herba Cina bagi mengaburi mata pihak berkuasa.