Lima lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan polis kerana terlibat dalam sindiket pembungkusan video cakera padat (VCD) dan video cakera digital (DVD) haram di sebuah rumah di Taman Mayang, Petaling Jaya, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazerene berkata nilai rampasan kesemua VCD dan DVD dalam serbuan 'Ops Ostrich' pada 2.15 petang semalam itu dianggar RM595,800.
"Pihak kami merampas sebanyak 119,160 keping VCD dan DVD haram yang dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.
"Hasil siasatan polis mendapati VCD dan DVD pelbagai tajuk haram yang dirampas dipercayai tidak memiliki sijil B," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis JSJK, Kompleks Kerajaan Bukit Perdana hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 23 hingga 43 tahun itu menjadikan rumah berkenaan sebagai pusat pembungkusan VCD dan DVD haram.
Mortadza juga berkata hasil soal siasat, premis itu beroperasi sejak tiga bulan lepas.
"Anggaran gaji suspek yang membungkus VCD dan DVD haram itu sekitar RM1,800 hingga RM2,500 sebulan.
"Saya menasihati orang ramai supaya jangan membeli VCD dan DVD cetak rompak kerana ia hanya merugikan perniagaan industri perfileman," katanya.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah mulai hari ini sehingga Ahad.
Bernama
Fri Sep 05 2014
Polis tahan enam individu sindiket DVD haram di PJ
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
79 ditahan disyaki hasil, edar pornografi kanak-kanak di internet
Sejak operasi bermula pada 2106, 78 lelaki dan seorang wanita ditahan.
Umie Aida rayu boikot 'Dukun' cetak rompak
Pelakon yang kini sedang trending dengan karakter Diana Dahlan, Datin Seri Umie Aida meluahkan kekesalan apabila filem lakonannya, Dukun, telah dicetak rompak.
Bintang filem lucah, Stormy Daniels ada video bogel Trump, bakal dedah malam ini?
Peguam pelakon filem lucah, Stormy Daniels membayangkan pihaknya miliki video bogel Presiden Donald Trump.
Nah! Pok Ya Cong Codei kini setaraf Fattah Amin!
Sabri Yunus, si gedebe kampung dalam drama 'Pok Ya Cong Codei' itu, tak lagi dipanggil dengan namanya sendiri, tetapi sudah lekat dengan nama Pok Ya.
Beli DVD kartun, dapat 24 paket kondom
Pada mulanya Shireen Philips menyangkakan ada rakan yang sengaja mahu mengenakannya apabila menerima bungkusan itu.
KPDNKK banteras penjualan barangan tiruan di internet
Selain melakukan pemeriksaan di premis jualan biasa, KPDNKK turut melakukan pemantauan ke atas peniaga online bagi mengesan kegiatan penipuan transaksi jualan.
Buku, CD dan DVD mengandungi kalimah Allah ditahan di KLIA2 - KDN
Buku, cakera padat dan cakera video digital mengandungi kalimah Allah yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dibuat kerana menimbulkan syak, kata Kementerian Dalam Negeri.
Polis tahan enam individu sindiket DVD haram di PJ
Enam individu ditahan polis kerana terlibat dalam sindiket VCD/DVD haram di Taman Mayang, Petaling Jaya.
KDN angkut 1.15 juta DVD guna 8 lori
Sebanyak 1.15 juta cakera padat digital (DVD) bernilai lebih RM30 juta tiba di perkarangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri hari ini.