KUALA LUMPUR: Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Habibi Majinji berkata mereka yang ditahan di bawah Ops Rentap Trio itu terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30-an dan polis turut menyita 10 motosikal serta merampas pelbagai barangan antaranya helmet, pakaian dan rim motosikal.
Beliau berkata dua lelaki dan seorang wanita ditahan pada 28 Mac di sebuah rumah tumpangan di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan manakala suspek lain ditahan di sekitar Kuala Lumpur pada Isnin lepas.
"Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai terlibat dalam 40 kes samun dan ragut, dan lima kes curi motosikal dan bergiat aktif di sekitar ibu negara, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan sejak awal tahun ini.
"Kesemua suspek direman sehingga esok," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379A dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun dan curi kenderaan.
Habibi berkata modus operandi kumpulan terbabit adalah menyasarkan kawasan tumpuan pelancong untuk melakukan kegiatan jenayah mereka.
"Ada juga suspek mencederakan mangsa. Ada menggunakan senjata untuk meragut dan samun. Semua suspek lelaki ada rekod jenayah.
"Hubungan mereka merupakan kawan-kawan. Ada pasangan kekasih, ada suspek baru sahaja keluar penjara dan kesemua mereka tidak mempunyai pekerjaan serta melakukan jenayah pada waktu siang dan hari minggu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
![Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714636719_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis berkata, modus operandi kumpulan terbabit adalah menyasarkan kawasan tumpuan pelancong untuk melakukan kegiatan jenayah mereka. - Gambar hiasan
![Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
![Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b
AWANI Ringkas 15 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Februari 2025
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
RMHC Malaysia rasmi rumah RMH ketiga, bantu 4000 keluarga sejuak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
![Detik cemas wanita diragut dua kali selang beberapa saat Detik cemas wanita diragut dua kali selang beberapa saat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594454448_motorcyclesnatch.jpg)
Detik cemas wanita diragut dua kali selang beberapa saat
Dalam kejadian pada 28 Mei lalu, mangsa Ban Muy Heang sedang melintas jalan bersama rakannya di Phnom Penh, Kemboja.
![Degil, pekakkan telinga punca jenayah samun berulang Degil, pekakkan telinga punca jenayah samun berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/41356363207_120x90.jpg)
Degil, pekakkan telinga punca jenayah samun berulang
Kes samun pecah cermin kereta bukanlah suatu perkara baru di negara ini memandangkan kes seperti ini semakin meningkat setiap tahun walaupun peratusannya kecil berbanding jenayah lain.
![Mangsa ragut: Kita boleh elak musibah Mangsa ragut: Kita boleh elak musibah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51358324580_295x200.jpg)
Mangsa ragut: Kita boleh elak musibah
Walaupun kejadian itu sudah berlaku dua tahun lepas, namun bagi Siti Nor Ain Abdullah, 27, kejadian diragut di lampu isyarat masih lagi segar diingatannya.