ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membakar senaskhah tafsir al-Quran di belakang tandas awam berhampiran bangunan Tabung Haji di Pekan Kuala Nerang pada tengah malam Isnin.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata suspek berusia 36 tahun itu, ditahan pada jam 12.30 tengah malam.
Beliau berkata, terdahulu polis menerima laporan daripada seorang individu berkaitan insiden berkenaan.
"Pengadu menerima hantaran video seseorang sedang membakar al-Quran. Dia bersama rakannya terus ke lokasi kejadian dan mendapati tiada sesiapa di lokasi berkenaan namun menjumpai cebisan al-Quran yang telah dibakar.
"Lokasi kejadian adalah di kawasan terbuka dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). Polis juga telah merampas sisa tafsir al-Quran yang dibakar," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata hasil siasatan mendapati insiden itu berlaku di depan rumah kedai yang didiami suspek.
"Motif perbuatan suspek adalah kerana marah dan kecewa dengan kekasihnya yang merupakan seorang wanita Islam yang telah berubah hati. Naskhah tafsir al-Quran berkenaan adalah hadiah pemberian wanita tersebut.
"Suspek turut memberitahu bahawa dia tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti agama. Polis juga merampas dua buah telefon bimbit, pemetik api dan selipar yang digunakan semasa kejadian dan suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 serta Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan pendakwaan.
"Polis juga ingin menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan yang boleh memecah-belahkan keamanan dan memudaratkan ketenteraman awam," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jun 15 2021

Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan yang boleh memecah-belahkan keamanan dan memudaratkan ketenteraman awam. - Gambar/ PDRM
Campur beras sejak 70-an untuk penuhi cita rasa pengguna - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan tindakan mencampurkan beras putih tempatan bersama beras import bertujuan bagi memenuhi cita rasa pengguna tempatan selain untuk menghasilkan variasi jenama di pasaran.
PM arah pemantauan harga makanan di bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung, di samping memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil.

Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir pada 10.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Dua wanita jadi keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM1 juta
Polis menahan dua wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan, sehingga menyebakan mangsa kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian baru-baru ini.
Wartawan portal disyaki rasuah dibebaskan hari ini
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.

Wartawan portal berita disyaki terbabit rasuah dibebaskan hari ini - Azam Baki
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.
57 MP pembangkang khianat usaha reformasi institusi Parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan 57 Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, sebagai telah mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.
Azad, Nabil, Radin dan dua kakitangan digantung, Astro bertemu MCMC
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin.
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 4 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews

Tindakan persenda upacara agama lain tidak boleh diterima - Teo Nie Ching
Teo berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan
Pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Selangor keluar garis panduan permudah, seragam pendaftaran taska Julai ini
Garis panduan bagi menyeragamkan dan memudah cara pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (taska) di Selangor akan dikeluarkan pada Julai depan.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.