IPOH: Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh lewat tengah malam tadi yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh seorang lelaki senegaranya di Sitiawan, Manjung, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata suspek berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah premis tempat mencuci kereta di kawasan Sitiawan kira-kira pukul 12.50 tengah malam.
"Polis turut merampas senjata yang digunakan yang dipercayai untuk menikam si mati," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes itu berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya suspek, dan lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Seri Manjung untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Polis cari lelaki Bangladesh
Semalam polis dilaporkan sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan selepas berlaku pergaduhan di ruang lapang pada bahagian atas bumbung sebuah bangunan kedai di Sitiawan Isnin lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022

Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh lewat tengah malam tadi yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh seorang lelaki senegaranya di Sitiawan, Manjung, Isnin lepas.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Lelaki Bangladesh ditahan, jadikan hotel markas pemalsuan pasport
Lelaki warga Bangladesh berusia 24 tahun itu ditahan anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Seorang maut, dua separuh sedar selepas terhidu gas beracun
Ketiga-tiga mangsa sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah stesen minyak apabila insiden berlaku.

Cabul kanak-kanak dalam tandas, lelaki Bangladesh ditahan
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa berusia 8 tahun itu masuk ke dalam tandas sebuah pasaraya di Ipoh untuk membuang air kecil.