ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mengunci pintu pagar dan mencampakkan satu tong cat putih di Masjid Jamek Qaryah Taman Kucai, Kulim 19 September lalu.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, kejadian jam 3.26 pagi tersebut telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) masjid dan susulan itu pengerusi masjid telah membuat laporan jam 10.30 pada hari sama.
Fisol memaklumkan, perbuatan suspek berusia 43 tahun itu telah menjadi isu besar di kawasan berkenaan kerana dikaitkan dengan isu agama, malah bahan yang dicampak itu didakwa sebagai lemak babi, namun siasatan mendapati ia tidak benar.
"Suspek telah ditahan hari ini direman selama empat hari. Dia dipercayai melakukan perbuatan itu di bawah pengaruh dadah. Dalam pengakuannya, dia mendakwa berhalusinasi... dia mengatakan ada orang berbisik sesuatu kepada dia.
"Jadi di sini saya tegaskan isu-isu sensitif seperti ini bukan ada kena mengena dengan keagamaan," katanya.
Fisol berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada Ahad.
Beliau berkata, lelaki tersebut telah ditahan pada jam 4 pagi tadi di tepi Jalan Batu 6, Sungai Seluang, Lunas, Kulim iaitu tiga kilometer dari tempat kejadian.
Menurutnya, tangkapan tersebut adalah hasil maklumat orang awam yang melihat suspek menaiki sebuah van berwarna biru dan telah membaling beberapa batang colok di hadapan pintu utama masjid.
Katanya, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai empat kesalahan bersabit dadah.
Kes disiasat di bawah Sesyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengundang ancaman kepada agama dan perkauman di mana sabit kesalahan boleh di hukum penjara dua hingga lima tahun.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Sep 24 2023

Perbuatan suspek berusia 43 tahun itu telah menjadi isu besar di kawasan berkenaan kerana dikaitkan dengan isu agama, malah bahan yang dicampak itu didakwa sebagai lemak babi, namun siasatan mendapati ia tidak benar. - Gambar/ PDRM

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis tahan lelaki campak tong cat, kunci pagar masjid
Polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mengunci pintu pagar dan mencampakkan satu tong cat putih di Masjid Jamek Qaryah Taman Kucai, Kulim 19 September lalu.