SIBU: Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan bersama 381.38 gram dadah pelbagai jenis dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Lanang di sini pada Ahad malam.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata serbuan itu dibuat pada kira-kira 12.20 tengah malam dan pasukan keselamatan menemukan 10 paket plastik pelbagai saiz bertulis Juice Master disyaki mengandungi dadah jenis ekstasi dengan berat kasar 376.2 gram semasa pemeriksaan ke atas suspek.
"(Turut dijumpai) tiga paket plastik lut sinar berisi ketulan kristal seberat 3.78 gram disyaki ketamin dan empat biji pil ekstasi dengan berat kasar 1.4 gram. Nilai semasa rampasan dianggarkan berjumlah RM5,101," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Polis telah mendapat perintah tahanan reman ke atas suspek selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tahun Ular Kayu 2025 bawa 'qi' positif
2025 disifatkan sebagai 'tahun pengumpulan' yang dilihat mampu menjadi titik tolak dalam meraih banyak unsur positif seperti kemewahan dan kemeriahan.
KPKT peruntuk RM16 juta untuk pembinaan baharu Pasar Pasir Pinji
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan RM16 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji, Ipoh.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
PM minta himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan pesawah dari seluruh negara yang dilaporkan akan berlangsung di Putrajaya hari ini, supaya tidak mengganggu perjalanan lawatan negara Presiden Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia.
Presiden Indonesia Prabowo tiba untuk lawatan negara
Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di ibu negara hari ini bagi memulakan lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb- KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan labuan hingga tengah hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Mardi lancar 'Green House Projek Inisiatif Keterjaminan Makanan 2025'
Ia merupakan sebahagian daripada Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 yang bertujuan memperkenalkan teknologi pertanian inovatif.
80 individu ditahan kerana jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.
Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan di Sg Bidut
Mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri ditemukan oleh orang ramai di tepi Jalan Tanjung Maling, Sungai Bidut hari ini.