Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditahan polis berhubung dakwaan gangguan seksual yang dibuat melalui laman sosial terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Khamis.
Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku memuat naik komen berbaur gangguan seksual di media sosial.
"Semakan mendapati suspek juga terlibat dalam kes membabitkan Ketua Pemuda MCA, Wong Siaw Ting di mana gambar dan nama beliau disalahguna di Facebook untuk melakukan kesalahan jenayah pada 21 April lalu," katanya di sini, pada Khamis.
Nik Ezanee menambah, suspek yang mempunyai kad OKU itu sedang menjalani rawatan psikiatri di sebuah hospital sejak 2016.
Lelaki itu, kata beliau disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Sebelum ini, beberapa pemimpin termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan gangguan seksual ke atas dua ADUN di laman sosial masing-masing.
Anwar dalam hantaran di Twitternya turut menggesa siasatan segera dijalankan oleh pihak berkuasa.
Umavathi Ramayah
Thu May 28 2020
![Polis tahan lelaki OKU berhubung kes gangguan seksual ADUN Bandar Utama Polis tahan lelaki OKU berhubung kes gangguan seksual ADUN Bandar Utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590660508_JamaliahJamaluddin.jpg)
ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual di laman sosial.
![Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738922664_PPKM.jpg)
Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.
Kemboja rancang perluas perkhidmatan 5G mudah alih
Kementerian Pos dan Telekomunikasi Kemboja diarah untuk menyediakan pelan induk bagi melaksanakan perkhidmatan 5G mudah alih di seluruh negara.
Perdana Menteri Hun Manet berkata, langkah ini diambil sebagai usaha memodenkan infrastruktur telekomunikasi negara dan memenuhi keperluan digital masa depan.
Perdana Menteri Hun Manet berkata, langkah ini diambil sebagai usaha memodenkan infrastruktur telekomunikasi negara dan memenuhi keperluan digital masa depan.
Indonesia akan bina tiga loji janakuasa solar tingkat tenaga hijau
Indonesia bakal memulakan pembinaan tiga loji janakuasa solar di Jawa Timur, Jawa Barat, dan Sumatera Barat dengan kapasiti gabungan sebanyak 220 megawatt-peak.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Arifin Tasrif berkata, ia akan dibangunkan oleh syarikat tenaga tempatan dengan kerjasama pelabur antarabangsa.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Arifin Tasrif berkata, ia akan dibangunkan oleh syarikat tenaga tempatan dengan kerjasama pelabur antarabangsa.
ASEAN seru Pakistan sokong Visi 2045, kesalinghubungan dan kerjasama Indo-Pasifik
ASEAN menyeru Pakistan supaya menyokong Visi Komuniti ASEAN 2045 yang akan datang serta Pelan Strategiknya, selain memperkukuh kerjasama dalam empat bidang utama yang digariskan dalam Pandangan ASEAN terhadap Indo-Pasifik.
EV Proton: Kilang pemasangan perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan
Kilang pemasangan EV pertama di Malaysia itu telah membuka lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga Tanjung Malim, sekali gus memperkukuh ekosistem industri automotif negara.
Ekonomi: Tuntutan pengangguran mingguan AS meningkat sedikit
Tuntutan awal untuk faedah pengangguran negeri meningkat 11,000 kepada 219,000 pelarasan musim bagi minggu berakhir 1 Februari.
Panama undur diri daripada inisiatif jalur dan laluan China
Inisiatif yang juga dikenali sebagai Laluan Sutera Baharu itu merangkumi pelbagai projek kerjasama perdagangan dan infrastruktur antara China dengan lebih 150 negara di seluruh dunia.
![Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738922317_HelikopterTerhempa.jpg)
Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi semalam, telah selesai hari ini.
MRCB: Nilai perolehan kontrak tahun ini dijangka naik antara RM4 bilion - RM5 bilion
Hong Leong Investment Bank Bhd berkata langkah ini akan meningkatkan dengan ketara nilai perolehan kontrak luarannya berbanding paras semasa RM4 bilion.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC menjelaskan ia diadakan susulan aduan rakyat mengenai kenaikan harga tidak terkawal dalam sektor hospital swasta, premium insurans dan impaknya kepada sistem kesihatan awam.
![Polis tahan lelaki OKU berhubung kes gangguan seksual ADUN Bandar Utama Polis tahan lelaki OKU berhubung kes gangguan seksual ADUN Bandar Utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590660508_JamaliahJamaluddin.jpg)
Polis tahan lelaki OKU berhubung kes gangguan seksual ADUN Bandar Utama
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditahan polis berhubung isu gangguan seksual ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.
!['Raikan semangat raya dengan kemaafan' - Yeo Bee Yin 'Raikan semangat raya dengan kemaafan' - Yeo Bee Yin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529483827_YeoBeeYin.jpg)
'Raikan semangat raya dengan kemaafan' - Yeo Bee Yin
Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin mengajak masyarakat untuk meraikan semangat Aidilfitri dengan saling bermaafan dan kembali bersatu tanpa mengira latar belakang politik.