Polis menumpaskan sindiket pecah rumah di sekitar Kampung Baru, Bandar Baru dan Air Itam, di sini selepas menahan seorang lelaki yang juga penagih dadah di Air Itam, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata bertindak hasil intipan dan risikan sejak sebulan lepas, pihaknya berjaya mengesan lelaki berusia 38 tahun itu sebelum menahan suspek di rumahnya kira-kira 2 pagi.
"Berdasarkan siasatan lelaki itu terlibat sekurang-kurangnya dalam lima kes pecah rumah sejak Mac lepas dan terbaru membabitkan sebuah rumah di Kampung Baru Sabtu lepas (4 Jun). Kes-kes pecah rumah itu membabitkan kerugian antara RM10,000 hingga RM50,000," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata susulan penahanan lelaki itu, polis turut menemui pelbagai peralatan yang digunakan untuk aktiviti pecah rumah antaranya gergaji, spanar, skru driver, playar dan pelbagai kunci pendua dalam sebuah bilik di rumahnya.
Selain itu, katanya polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya barangan kemas, peralatan elektrik, telefon bimbit dan komputer riba.
Mior Faridalathrash berkata lelaki itu mengaku terlibat dalam aktiviti pecah rumah sejak awal tahun ini dan menggunakan wang hasil aktiviti berkenaan dengan menjual barang-barang kemas yang dicuri di kedai pajak gadai untuk menyara kehidupannya kerana tidak bekerja.
Suspek yang turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, katanya.
Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang baru sahaja memecah masuk sebuah rumah di Batu Lancang, di sini pada 11 malam, semalam.
Beliau berkata lelaki itu ditahan oleh orang awam di kawasan berkenaan manakala rakannya yang turut terlibat dalam kejadian tersebut berjaya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran orang ramai di situ.
Katanya lelaki berkenaan kini direman bagi membantu siasatan dan polis turut melancarkan operasi mengesan rakan lelaki itu yang juga berusia lingkungan 20-an di sekitar kawasan berkenaan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan juga mendapati motosikal jenis Yamaha LC135 yang digunakan lelaki itu adalah kenderaan curi dan dilaporkan hilang di Kampung Baru, di sini 11 April lepas.
Bernama
Tue Jun 07 2016

MIOR FARIDALATHRASH: Polis merampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya barangan kemas, peralatan elektrik, telefon bimbit dan komputer riba.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Kanak-kanak dilaporkan hilang di George Town ditemui di Taiping
Mohammad Muzzafar Mohammad, 11, ditemui oleh anggota Balai Polis Taiping di perhentian bas kira-kira 7 malam ini.

Polis tahan lelaki, tumpas sindiket pecah rumah di George Town
Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya barangan kemas, peralatan elektrik, telefon bimbit dan komputer riba.

Mayat reput dalam kotak adalah warga asing - polis
Mayat seorang wanita yang ditemui telah reput dan disumbat dalam kotak di tepi belukar di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah di sini semalam dipercayai merupakan rakyat asing.

Suri rumah maut dilanggar kereta jiran di George Town
Gara-gara bertengkar disebabkan sampah, seorang suri rumah maut dilanggar di Flat Desa Intan di Lebuhraya Thein Teik, Bandar Baru.