LUMUT: Polis menahan seorang lelaki warga emas semalam yang didapati memandu sebuah van sekolah secara berbahaya dan melawan arus di Jalan Lumut - Sitiawan di sini selepas video tindakannya itu tular dalam sosial media.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata lelaki berusia 74 tahun itu ditahan pada pukul 8.20 malam selepas pihaknya mengesan video berdurasi 19 saat itu yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok, pada sebelah petangnya.
"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku Rabu lepas kira-kira pukul 7.15 malam. Van itu membawa lapan pelajar sekolah berusia lingkungan 13 hingga 14 tahun dan lelaki itu mengaku van dipandu dalam keadaan tergesa-gesa kerana dia hendak menghantar pelajar pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata satu kertas siasatan kesalahan trafik telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.
Beliau seterusnya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung dengan menelefon 05-6886222 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Polis menahan seorang lelaki warga emas semalam yang didapati memandu sebuah van sekolah secara berbahaya dan melawan arus. - Foto Sinar Harian/media sosial

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.

Murid prasekolah maut dilanggar van sekolah
Seorang murid prasekolah maut selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, hari ini.

Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.

16 pelajar cedera van sekolah terbabas dalam parit
Maklumat awal yang diterima sebuah van yang membawa pelajar sekolah telah terbabs ke dalam parit.

Polis tahan lelaki warga emas pandu van sekolah secara bahaya, melawan arus
Polis menahan seorang lelaki warga emas semalam yang didapati memandu sebuah van sekolah secara berbahaya dan melawan arus.

Tiga cedera, van sekolah hilang kawalan rempuh pengadang jalan
Tiga cedera termasuk seorang pemandu van sekolah berusia 62 tahun dalam satu kemalangan di Lebuh raya NPE, Kuala Lumpur pada Isnin.

Pemandu bas sekolah perlu turun dari kenderaan dan pantau pelajar
Pemandu-pemandu bas atau van sekolah digalakkan untuk turun dari kenderaan dan memantau pelajar turun dengan selamat.

Pembukaan sekolah beri sinar baharu pada pengusaha bas dan van
"Kita berharap ibu bapa yakin untuk menggunakan perkhidmatan van dan bas sekolah kerana anak-anak duduk dengan penjarakan fizikal."

Selamatkah anak-anak menaiki bas sekolah ketika musim COVID-19?
Isu kesesakan dan ketiadaan jarakan sosial dalam bas sekolah menjadi kebimbangan ibu bapa yang khuatir dengan risiko jangkitan COVID-19 kepada anak-anak yang masih kecil itu.

Murid parah dilanggar van sekolah
Kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu berlaku ketika mangsa, Nur Zahra Aisyah Mohd Zaini, 7 tahun, diturunkan pemandu van untuk pulang ke rumahnya.

ATM sentiasa siap siaga hadapi ancaman pengganas - Mohamad Sabu
Pihaknya telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang ancaman daripada kumpulan pengganas tersebut.