KUALA LUMPUR: Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan di kediamannya di Putrajaya pada Jumaat bagi membantu siasatan kes penipuan kutipan dana menggunakan nama sebuah syarikat.


Ringkasan AI
  • Blogger kontroversi, Papagomo (Wan Muhammad Azri Wan Deris), ditahan di kediamannya di Putrajaya oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman pada awal pagi Jumaat untuk membantu siasatan kes penipuan kutipan dana.
  • Papagomo dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu. Penahanan ini susulan laporan polis yang dibuat pada Julai lalu.
  • Mahkamah memerintahkan reman sehari selepas mendengar hujahan. Peguam Papagomo, Muhammad Rafique Rashid Ali, mengesahkan penahanan ini terkait dengan isu berkenaan sebuah syarikat.


Difahamkan, penahanan itu dilakukan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman pada awal pagi.

Papagomo kemudian dikatakan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Penahanan itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat pada Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.

Dalam pada itu, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam kenyataan berkata, Wan Muhammad Azri ditahan kira-kira jam 1.30 pagi dan laporan ini terkait satu isu berkenaan sebuah syarikat.

"Setelah mendengar hujahan, mahkamah telah memerintahkan reman sehari dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti," ujarnya. -Sinar Harian