KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki cuai dalam menjaga anak-anak mereka yang bermain di tepi balkoni secara bahaya di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah, kejadian itu dikesan tular di media sosial menerusi video berdurasi 11 saat,
Video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun dan seorang lagi berusia dua tahun dilihat bermain di belebas tingkap kediaman terbabit, semalam.
"Susulan itu, satu laporan polis dibuat pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
"Hasil siasatan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian berlaku.
"Pasangan itu telah diambil keterangan dan dibenarkan pulang manakala pegawai penyiasat akan melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada pihak pendakwa raya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ashari berkata, jika sabit kesalahan, ibu bapa itu boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Pihak polis juga menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta KanakKanak.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.
Afiezy Azaman
Wed Oct 26 2022
Video berdurasi 11 saat menunjukkan dua kanak-kanak kecil bermain di belebas tingkap sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, Kuala Lumpur.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Kesuma, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (kesuma) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Nahas KM204: Polis temukan rim besi dipercayai milik tayar lori punca kemalangan
Polis telah menemukan komponen rim besi yang dipercayai berasal daripada tayar lori yang menjadi punca kemalangan.
Wanita cermin mata hitam larikan dua gelang emas
Dalam kejadian lebih kurang jam 12.45 tengah hari, mangsa didatangi suspek berbaju coklat dan memakai cermin mata hitam.
Jenazah Cikgu Istiqomah diserah kepada keluarga esok
Perkara itu telah dimaklumkan kepada ahli keluarga mangsa dan jenazah guru itu akan diserahkan kepada keluarganya pada 2 petang esok.
Lapan bulan hilang, mayat tanpa kepala rupanya milik Cikgu Istiqomah - Polis
Mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui di dalam tong sampah pada 31 Disember lalu, disahkan milik Istiqomah Ahmad Rozi.
Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan
Supt Ashari berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia lingkungan 20an itu, pada 4.52 pagi.
Dua individu terperangkap dalam banjir kilat di ibu negara
Mangsa merupakan seorang wanita berusia awal 20-an dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.
Polis tahan pasangan cuai, biar anak kecil main di tepi balkoni
Hasil siasatan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian berlaku.
Enam tahun tak jumpa anak dilarikan isteri warga asing
Sebanyak 12 laporan polis dibuat pengadu yang juga seorang warga tempatan berhubung orang hilang (OH) berkenaan sejak tahun 2016.
Polis kenal pasti individu panah anjing
Suspek tersebut telah dikenal pasti, namun masih belum ditangkap.
Polis buru suspek kes ragut di Setapak Jaya
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan.