PEKAN: Polis berjaya menahan seorang lelaki Indonesia yang dipercayai mengamuk dan membakar kereta peronda polis di kawasan rumah kongsi di tanah matau balak di Kampung Selengkong Nenasi, di sini, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, lelaki berusia sekitar 30-an itu ditahan pada jam 4.20 petang ketika bersembunyi di hutan berdekatan lokasi kejadian.
Ketika diberkas, polis turut merampas tukul dan sebatang kayu bersamanya.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pekan pada 25 April (Isnin) untuk permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
BACA: Pekerja balak mengamuk bakar kereta peronda polis
Mengulas lanjut, katanya suspek mungkin sedang berhalusinasi ketika melakukan perbuatan berkenaan.
Katanya, polis turut percaya bahan yang dilontar suspek terhadap kereta peronda itu adalah molotov koktel yang menyebabkan kenderaan itu terbakar 100 peratus.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu itu, suspek dipercayai telah mengamuk di kawasan rumah kongsi pekerja.
Dua anggota dari Balai Polis Nenasi telah pergi ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan, namun suspek telah bertindak agresif dan mencederakan mereka.
Dia kemudian dipercayai membakar kereta polis terbabit sebelum melarikan diri.
Mohd Zalani Md Atan
Sun Apr 24 2022

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu, suspek dipercayai telah mengamuk di kawasan rumah kongsi pekerja sebelum membakar kereta peronda polis. - Gambar/ PDRM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penghantar makanan didakwa bakar kereta polis bantuan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar kereta polis bantuan di sebuah stesen MRT.

Motif suspek bakar kereta polis bantuan masih dalam siasatan
Tahanan reman selama empat hari dikenakan ke atas seorang pekerja p-hailing kerana dipercayai membakar kereta polis bantuan di stesen MRT Mutiara Damansara.

Pekerja balak mengamuk bakar kereta polis direman tujuh hari
Seorang pekerja balak warga Indonesia yang dipercayai membakar kereta peronda polis ketika mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan, pada Sabtu direman tujuh hari.

Polis tahan pekerja balak mengamuk bakar kereta peronda
Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, lelaki berusia sekitar 30-an itu ditahan pada jam 4.20 petang ketika bersembunyi di hutan berdekatan lokasi kejadian.

Pekerja balak mengamuk bakar kereta peronda polis
Sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja musnah terbakar angkara tindakan seorang pekerja balak yang mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan,semalam.