Polis menahan seorang pemandu lori dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM171,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Pasir Puteh, di sini, Rabu lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Abdul Latiff Mehat berkata dadah yang dirampas dalam serbuan pada pukul 7.30 malam itu terdiri daripada 2.7 kilogram heroin, 59 gram metamfetamin serta tiga batang pokok ganja.
Abdul Latiff berkata dadah itu yang dijumpai di rumah sewa lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai untuk diedar di sekitar negeri ini dan boleh dibekalkan kepada kira-kira 2,400 penagih.
"Turut dirampas sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback serta dua buah motosikal dengan nilai anggaran keseluruhan berjumlah RM22,500," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini Jumaat.
Menurutnya suspek yang berasal dari Klang, Selangor itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Katanya hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Bernama
Fri May 13 2016

Antara jenis dadah yang dirampas adalah dari jenis heroin. - Gambar hiasan
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Polis tahan pemandu lori, rampas dadah bernilai RM171,000
Dadah yang dirampas dalam serbuan pada pukul 7.30 malam itu terdiri daripada 2.7 kilogram heroin, 59 gram methamphetamine serta tiga batang pokok ganja.