KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan di rumahnya di Kajang, tengah malam tadi kerana disyaki cuba mencuri wang di dalam tabung di sebuah masjid di Bandar Baru Bangi, 19 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata suspek seorang lelaki tempatan berumur 23 tahun itu ditahan di Flat Kajang Mewah oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Beliau berkata polis turut turut merampas sehelai baju T-shirt lengan panjang warna hitam, sehelai kain telekung warna biru dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 warna hitam milik suspek disyaki digunakan semasa melakukan jenayah itu.
"Susulan tangkapan itu, pihak polis percaya berjaya menyelesaikan beberapa kes kecurian duit dan telefon bimbit di dalam masjid dan surau di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Zaid berkata tangkapan berkenaan dibuat selepas menerima laporan daripada ketua pengawal keselamatan masjid di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi bahawa suspek cuba memancing duit daripada tabung yang diletakkan di luar masjid berkenaan.
Katanya sebelum itu, ketua pengawal keselamatan telah menerima panggilan daripada seorang daripada pengawal keselamatan di masjid yang memaklumkan kejadian tersebut.
Beliau berkata semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memakai telekung berwarna biru, berseluar warna hitam dan berpelitup muka cuba memancing duit daripada tabung masjid yang berada di bahagian koridor luar tepi masjid.
"Suspek bagaimanapun tidak sempat mencuri duit tabung masjid kerana tindakannya disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu namun suspek berjaya melarikan diri," katanya.
Mohd Zaid berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda atau sebat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

Seorang penganggur ditahan di rumahnya di Kajang, tengah malam tadi kerana disyaki cuba mencuri wang di dalam tabung di sebuah masjid di Bandar Baru Bangi, 19 Mei lepas. - Gambar hiasan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.

Polis tahan lelaki langgar lari pelajar dalam sekolah
Penganggur berumur 47 tahun yang ditahan itu dirujuk ke hospital Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut kerana disyaki keadaan mentalnya tidak stabil.

Lelaki tikam wanita di kedai dobi layan diri diberkas
Lelaki yang disyaki menikam seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam di kedai dobi di Kuala Nerus Sabtu lepas, berjaya diberkas polis.

Penganggur ditahan bakar al-Quran, sejadah
Seorang penganggur ditahan selepas disyaki membakar al-Quran dan sejadah dalam kejadian di Batu Rakit, Kuala Nerus, hari ini.

Polis tahan penganggur cuba curi tabung masjid
Seorang penganggur ditahan di rumahnya di Kajang, tengah malam tadi kerana disyaki cuba mencuri wang di dalam tabung di sebuah masjid di Bandar Baru Bangi, 19 Mei lepas.

Polis rampas dadah RM42,550, sita kereta mewah RM180,000, tahan penganggur
Polis menyerbu sebuah premis perniagaan dan menahan seorang lelaki berusia 33 tahun, pada Sabtu.

Tipu sumbangan gulai kawah untuk anak yatim, 'penghulu Tumpat' ditahan
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan dalam serbuan di rumahnya di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa pada jam 4.48 petang.

Dua penganggur ditahan miliki dadah RM236,000
Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM236,000 selepas menahan dua penganggur lelaki, disyaki anggota sindiket pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan di Tanah Merah.