ALOR SETAR: Polis Kedah mengesahkan sembilan individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Baling hari ini atas tuduhan menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik pada 14 September lalu disyaki menjalankan penerokaan unsur nadir bumi (REE).
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, aktiviti penerokaan REE yang dilakukan oleh kumpulan di Kompartmen 35 hutan simpan itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana entiti korporat sebelum ini.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal oleh pihaknya mendapati, mereka menjalankan operasi ini di kawasan baharu sejak empat bulan lalu.
Fisol berkata, kesemua suspek gagal memberikan permit yang diperlukan untuk penerokaan REE dan kebenaran memasuki hutan simpan.
Katanya, individu warga asing terbabit memiliki permit sah untuk perkhidmatan lain di negara ini tetapi menyalah gunakannya untuk penerokaan REE.
"Peralatan ini menunjukkan peralatan untuk mendapatkan sama ada content ataupun REE di tempat tersebut.
"Apa yang kita dapat daripada yang kita rampas ini menunjukkan ini lah dia punya peralatan-peralatan yang digunakan untuk mereka uji sama ada di sana ada mengandungi REE. Itu yang kita cenderung kepada siasatan REE di sini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pada Ahad.
Selain itu, jelasnya sampel tanah yang disyaki diperoleh dari hutan simpan untuk pengesanan REE turut dirampas.
Dalam pada itu, Fisol memberi amaran bahawa polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti perlombongan REE haram di negeri ini.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan, sembilan individu termasuk lima warga asing didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik pada 14 September lalu.
Mengikut pertuduhan, Tho Wei Loon, 45, Chen Wei Ming, 45, Zarhabi Shaari dan Abdul Halim Nawang, kedua-duanya 61, didakwa memasuki Petak 35 hutan simpan tanpa permit kira-kira 4.12 petang pada 14 September lalu.
Lima lagi adalah seorang warga China dan empat warga Indonesia. Mereka ialah Li Juemin, 49; Aswadi, 43; Dedy Junaidi, 40; Muhamad Zaenuri, 31; dan Nasron, 51.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Sep 24 2023

Fisol (kanan) ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pada Ahad. - Foto Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.