KANGAR: Polis menahan sepasang suami isteri secara berasingan apabila dipercayai terlibat dalam kes penipuan dalam talian melalui laman Facebook, dengan cara samaran menggunakan nama sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata tangkapan itu, susulan laporan polis diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kangar daripada seorang lelaki berumur 40-an pada 23 Jan, selepas dipercayai terpedaya dengan satu tawaran penjualan minyak wangi berjenama disyaki tiruan, yang diiklankan melalui laman Facebook itu.
Sehubungan itu, beliau berkata suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan dalam satu operasi di sebuah premis di Sekinchan, Selangor pada 31 Jan, manakala isterinya yang merupakan warga Vietnam berumur 30-an itu ditahan di Kangar hari ini.
"Pihak polis juga telah berjaya membuat rampasan barangan pelbagai jenama (dipercayai) tiruan dalam operasi ini, antaranya minyak wangi berjenama, jam tangan berjenama, airpod pro dan beg tangan (berjenama), yang berjumlah keseluruhan dianggarkan RM214,051," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.
Muhammad berkata siasatan awal yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perlis mendapati, akaun Facebook dilayari mangsa merupakan akaun palsu dan bukan akaun Facebook pihak yang sebenar, selain pihak pusat beli-belah itu juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan menjual barangan secara dalam talian menggunakan Facebook itu.
"Pada 9 Jan 2024, mangsa telah klik satu pautan dalam laman (Facebook) tersebut yang membawa mangsa ke satu aplikasi untuk mengisi butiran nama, alamat dan nombor telefon, bagi tujuan pembelian minyak wangi dengan tawaran diskaun sebanyak 66 peratus daripada harga sebenar, mangsa kemudiannya tidak meneruskan pembelian dan terus keluar daripada aplikasi tersebut.
"(Namun) pada 17 Jan 2024, mangsa menerima panggilan telefon daripada syarikat perkhidmatan penghantar barangan, untuk penghantaran menggunakan kaedah COD (bayar waktu terima) kepada alamat mangsa. Setelah mangsa membuat bayaran (minyak wangi berharga kira-kira RM200), mangsa mendapati minyak wangi diterima disyaki tiruan," katanya.
Muhammad berkata kedua-dua suspek itu dipercayai aktif terlibat dalam aktiviti penipuan secara samaran, sejak hujung tahun lepas dengan bekalan produk jualan mereka disyaki diperoleh dari China.
Beliau berkata tempoh reman terhadap suspek lelaki itu dilanjutkan sehingga 5 Feb ini, selepas tempoh reman terdahulu berakhir hari ini manakala untuk isterinya, masih dalam proses mendapatkan permohonan reman.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu secara jalan samaran," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
![Polis tahan suami isteri dipercayai tipu cara menyamar pusat beli-belah terkemuka Polis tahan suami isteri dipercayai tipu cara menyamar pusat beli-belah terkemuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706882071_TBMuhammadAbdulHal.jpg)
Muhammad berkata kedua-dua suspek itu dipercayai aktif terlibat dalam aktiviti penipuan secara samaran, sejak hujung tahun lepas dengan bekalan produk jualan mereka disyaki diperoleh dari China. - Gambar Bernama
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
Dialog Tiga Penjuru: CPI: Kita boleh jadi top ‘25’
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57.
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
![KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024 KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698383331_KWAP.jpg)
KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan bersih tertinggi, mencecah rekod sebanyak RM12.9 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
![Industri peruncitan, keselamatan dan kosmetik paling berdaya tahan ketika pandemik Industri peruncitan, keselamatan dan kosmetik paling berdaya tahan ketika pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587430036_KedaiRuncit.jpg)
Industri peruncitan, keselamatan dan kosmetik paling berdaya tahan ketika pandemik
Industri peruncitan komputer, kedai serbaneka, sistem keselamatan dan minyak wangi serta kosmetik antara industri berdaya tahan ketika pandemik COVID-19